01 March, 2020

SEMERAH TERUS MENYERLAH DI PERSADA


            Misi SMK Semerah direalisasikan apabila mengekalkan kejuaraan dalam Pertandingan Sofbol Bawah 18 Tahun MSSD Batu Pahat.  Pertandingan yang diadakan di SMK Datuk Menteri ini melibatkan 8 pasukan lelaki dan 8 pasukan perempuan. 
          Pasukan Semerah memulakan langkah dengan menang mudah dalam perlawanan peringkat kumpulan dengan menewaskan SMK Yong Peng, SMK Tun Ismail dan SMK Seri Medan. Pada tahun ini, Nur Ashikin Shahrul bertindak selaku kapten dengan barisan jurulatih yang dipimpin oleh Tn Hj Hashim bersama Coach Musa, En Ahmad Hamizan, Cik Hasralda dan En Iddi Muhaimin serta dibantu oleh Pn Aryanti, Pn Hafizah dan Pn Noor Suhaidah
         Berlatih sejak cuti hujung persekolahan 2019 dengan misi mengekalkan kejuaraan.  Glove baru untuk semua pemain dan 2 bat baru pada tahun ini memberikan semangat luar biasa kepada para pemain.
          Beberapa siri perlawanan persahabatan diadakan untuk memantapkan pasukan. Antaranya menentang SMK Pekan Baru dan SMK Seri Menanti serta menyertai pertandingan 4 penjuru di SMK Seri Medan. Tidak ketinggalan juga mengikuti Pertandingan Jemputan Antara Sekolah-Sekolah Johor yang diadakan di Kolej Vokasional Batu Pahat.
 Dalam pada itu, pada peringkat separuh akhir, Semerah menumbangkan SMK Tunku Mahmood Iskandar. Perlawanan final menemukan musuh tradisi iaitu SMK Semerah dan SMK Temenggung Ibrahim (TIGS). Tn Hj Shidan Ramli, Pengetua SMK Semerah dan En Selamat Maeraj, GPK Kokurikulum telah datang menyuntik semangat kepada para pemain.
Perlawanan yang getir itu menyebabkan perlawanan diheret sehingga ke tie break. Namun, akhirnya kemenangan tetap berpihak kepada SMK Semerah dengan menumpaskan TIGS 3-2. Kejayaan mengekalkan kejuaraan ini adalah kejuaraan ke-4 dalam masa 6 tahun. SMK Semerah menungguli johan pada tahun 2015, 2016 dan 2019, manakala pada tahun 2017 dan 2018 SMK Semerah sekadar menduduki tempat ke-3. 
Tahniah kepada pasukan sofbol Semerah. Penat lelah akhirnya menobatkan Semerah sebagai juara sofbol daerah Batu Pahat pada tahun 2020. Moga tahun depan Semerah beroleh hattrick pula !
           







17 August, 2019

JDT KEKAL NAIB JOHAN MSSM BUAT KALI KE-3

                 


     Nur Ashikin bt Sahrul dan Aisyah Adila bt Sabiran yang mewakili pasukan Johor Darul Takzim (JDT)  tidak kesampaian dalam percubaan kali ke-3 di pentas final apabil ditewaskan Selangor 0-9  dalam Kejohanan Sofbol MSSM yang berlangsung di Perlis.  Walaupun team P12 juga ke final, namun rezeki masih juga belum dikecapi oleh JDT apabila tewas dengan Perak 7-9.
          Perak memenangi kejuaraan sofbol MSSM pada tahun ini apabila memenangi P12 dan P18, manakala L18 Perak tewas kepada  Pahang. JDT pula menduduki tempat ke-4 keseluruhan di belakang Selangor dan Pahang.
          Tahniah tetap diucapkan kepada wakil Semerah, Nur Ashikin dan ketua pasukan JDT P18 iaitu Aisyah Adila. Ini adalah penampilan terakhir Aisyah Adila setelah 3 tahun menyumbang keringat tenaga bersama JDT. Syabas. Mungkin tahun depan JDT juara ! 
Dari kiri : Nur Ashikin, Abdah Maira dan Aisyah Adila

15 July, 2019

WAKIL SEMERAH CEMERLANG BANTU BATU PAHAT KEKALKAN JUARA

       Batu Pahat mengungguli tempat kedua (naib juara) keseluruhan dalam Kejohanan Sofbol Bawah 18 Tahun MSS Johor dan ini adalah kali ketiga berturut-turut Batu Pahat menduduki naib juara sofbol negeri Johor. Kejohanan ini dijalankan di SMK Tun Aminah dan SMK Munshi Sulaiman dari 11-13 Jun 2019.

Dari kiri : Aisyah Adila, Adlena, Nurin Liyana, Hj Hashim, Syazwanie, Nur Asikin dan Hanisah
             Ada 6 orang pemain dari Semerah untuk memperkukuhkan  team Batu Pahat iaitu Aisyah Adila, Nur Ashikin, Nur Syazwanie, Nuradlena, Hanisah Kahhar dan Nurin Liyana. Misi merangkul johan keseluruhan terkulai kepada daerah Kulai apabila Kulai menungguli hattrick johan keseluruhan dari tahun 2017-2019. Namun demikian, Batu Pahat menjadi johan kategori P18 apabila menewaskan Kulai 8-7 manakala L12 merangkul naib johan sementara L18 berjaya di tempat ke-4. Nasib malang kepada P12 sekadar tempat ke-6. 

             Syabas kepada para pemain Semerah yang bertungkus-lumus mengekalkan kejuaraan P18 dalam tiga penampilan di final sejak 2017. Tahniah. Anda berhak atas usaha yang ditunjukkan. 




27 June, 2019

5 SRIKANDI BERAKSI UNTUK POLITEKNIK

Dari kiri : Adila, Hanisah, Adlena, Elmy dan Shikin

Tuah ayam nampak di kaki ; tuah orang siapa yang tahu. Itulah tuah kepada 5 pemain SMK Semerah apabila mereka terpilih untuk mewakili politeknik negeri dalam Kejohanan Sofbol Antara Politeknik pada 20-22 Jun di Politeknik MersingAsiyah Adila dan Nur Ashikin dipilih mewakil Politeknik Johor manakala Hanisah, Adlena dan Elmy mewakili ngeri Perak. Politeknik Johor telah menjadi naib johan dan Politeknik Perak menrangkul tempat ke-4. Tahniah kepada mereka. Dalam pada itu, Politeknik Johor menjuarai sofbol bagi kategori lelaki. Syabas JDT.


01 May, 2019

THROWBACK PENCAPAIAN SOFBOL SEMERAH

                                        Fasa 1 : 2008 - 2012        
                                2008  - Peringkat kumpulan
                                2009  - Ke-4
                                2010  - Ke-3
                                2011  - NAIB JOHAN
                                2012  - Peringkat kumpulan

                                       Fasa 2 (2013 - 2017)
                                2013  -  Peringkat kumpulan
                                2014  -  Tidak sertai
                                2015  - JOHAN
                                2016  - JOHAN
                                2017  - Ke-3
                                   Fasa 3 (2018 - 2022)
                              2018  - Ke-3
                              2019  - JOHAN
                              2020  -
                              2021  -
                              2022  -


SEMERAH TERUS MENYERLAH DI PERSADA

            Misi SMK Semerah direalisasikan apabila mengekalkan kejuaraan dalam Pertandingan Sofbol Bawah 18 Tahun MSSD Batu Paha t.  Per...