29 November, 2011

SIRI PITCHING VOLUME 1 : SPIN, DROP & RISE BALL (ASAS PUTARAN TANGAN)



Video ini memaparkan asas tangan untuk melakukan pitch spin, drop dan rise ball. Inilah asas untuk pitcher memulakan lontaran tangan yang baik. Spin ball boleh memusingkan bola sama ada ikut arah jam, lawan jam atau condong arahnya. Drop ball menyebabkan bola jatuh ke bawah dan rise ball menyebabkan bola berpusing serta bergerak ke atas. Selamat mencuba

15 November, 2011

SIRI VIDEO SOFBOL 3 : HIT / PUKULAN

Dalam pernainan sofbol terdapat beberapa jenis pukulan (hit). Hit adalah antara elemen utama dalam merencanakan permainan agar boleh mengelirukan pemadang dan akhirnya berjaya mendapatkan larian (run) dengan selamat . Berikut adalah beberapa jenis hit dalam sofbol iaitu : 

1. Hit  
2. Slap Hit 
3. Bunt



4. Bunt - Hit
5. Run - Hit


Moga anda berjaya mengaplikasi atau mempraktikkannya. Selamat mencuba. Jumpa di lain siri.

12 November, 2011

HARI ANUGERAH KOKURIKULUM 2011 : TAHNIAH UMMU NURHAZIQAH


Ummu Nurhaziqah bt Abu Bakar sekali lagi mencatat sejarah apabila merangkul Anugerah Khas Sukan bagi tahun 2010 pada Hari Anugerah Kokurikulum SMK Semerah. Ini adalah kali kedua Ummu memenangi anugerah kokurikulum. Pada tahun lepas, beliau mendapat Anugerah Tokoh Sukan Harapan.

03 November, 2011

SOFBOL BAWAH 15 TAHUN : TEMPAT KE-3




Pada tahun lepas (2010), tiada pertandingan dijalankan. Pada tahun ini, arena sofbol bawah 15 tahun kembali dengan penganjuran Pertandingan Sofbol Bawah 15 TahunSMK Semerah tidak ketinggalan untuk menyertai pertandingan tersebut.  SMK Dato’ Seth telah diamanahkan untuk mengelolakan pertandingan tersebut pada 1-2 November.   Walaupun hujan turun pada sebelah petang, pertandingan ini tetap berjalan seperti yang dirancang.
Team SMK Semerah diketuai oleh En Hashim bin A. Ghani dan Cik Hasralda bt Abu Hassn sebagai jurulatih dengan dibantu oleh En Ahmad Hamizan bin Mohd Khir dan Cik Norul Rafidah bt Redzuan sebagai pengurus sementara para pemain berjumlah 12 orang dibawa pada kali ini dengan misi untuk menduduki 3 tempat terbaik. Para pemain tersebut ialah :-

26 October, 2011

SIRI VIDEO SOFBOL 2 : BALINGAN PITCHER

Dalam pernainan sofbol terdapat beberapa jenis balingan pitcher kepada batter. Berikut adalah beberapa jenis pitch dalam sofbol iaitu :

1. Change-up  

2. Drop Ball 

3. Rise Ball 

4. Screw Ball

5. Rise, Drop & Curve Ball

The Rise, Drop and Curve Ball

6. Drive Ball 

Moga anda berjaya meniru atau mempraktikkannya. Selamat mencuba.

Siri Video Sofbol 1 : How To Throw Fast ball



Untuk menjadi pemain yang baik, berikut tips panduan untuk cara memegang bola sofbol pada http://youtu.be/xgGQYFBp9a8

22 September, 2011

PERJUMPAAN KE-7 : MESYUARAT AGUNG TAHUN 2011

Tarikh              :       21 Sept 2011   
Hari                 :       Rabu
Masa                :       1.30 – 1.50 petang
Tempat            :       Makmal Sains
Kehadiran        :       1.     En Hashim bin A. Ghani
2.     Cik Hasralda bt Abu Hassn

        Perjumpaan pada kali ini adalah perjumpaan terakhir bagi tahun 2011. Hari ini Mesyuarat Agung diadakan untuk memilih jawatankuasa baru bagi sesi 2012. Mesyuarat dipengerusi oleh En Hashim bin A. Ghani.
        Sebanyak 13 aktiviti dijalankan untuk tahun ini yang merangkumi perjumpaan kelab, aktiviti kelab dan perjumpaan untuk merancang aktiviti.

08 September, 2011

PERJUMPAAN KE-6 : ISTILAH-ISTILAH DALAM SOFBOL


Tarikh             :       7 Sept 2011    
Hari                 :       Rabu
Masa               :       1.10 – 1.50 petang
Tempat           :       Makmal Sains
Kehadiran      :       1.     En Hashim bin A. Ghani
2.     Cik Hasralda bt Abu Hassn
                                3.     Pn Fadilatus Firdaus

        Nampaknya tiada lagi kelibat Cik Sahrina Wong dan Cik Noraini Jaafar. Cik Sahrina telah berpindah ke sekolah lain manakala Cik Noraini Jaafar menyambung pengajiannya di UPSI. Terima kasih kepada mereka yang telah membantu kelab selama ini.
        Tajuk perjumpaan pada hari ini ialah Istilah-Istilah Dalam Sofbol dan disampaikan oleh En Hashim bin A. Ghani.

26 August, 2011

SELAMAT BERHARI RAYA AIDIL FITRI ; MAAF ZAHIR BATIN

 


ﺴﻡﺍﷲالحمن الرﺤﻴﻡ

Sebulan berpuasa dalam bulan Ramadan, kini tibalah masanya untuk kita bersama-sama meraikan hari kemenangan iaitu Hari Raya Aidilfitri.  Harapan agar ibadah yang dilakukan semasa bulan Ramadan akan diterima oleh Allah. InsyaAllah kita berdoa agar akan bertemu bulan Ramadan pada tahun hadapan.

04 August, 2011

PERJUMPAAN KE-5 : BLOG RASMI KELAB SOFBOL ; SELANGKAH KE HADAPAN


Tarikh              :       3 Ogos 2011    
Hari                  :       Rabu
Masa                :       1.10 – 1.50 petang
Tempat            :       Makmal Sains
Kehadiran        :       1.     Cik Hasralda bt Abu Hassn
                                2.     En Hashim bin A. Ghani
                                3.     Cik Noraini bt Jaafar
                                4.     Cik Shahrina Wong 
                                5.     Pn Fadilatus Firdaus
                                6.     Pn Aisyah bt Abu Samah
       
        Perjumpaan pada kali ini bertujuan mengumumkan pembinaan blog Kelab Sofbol SMK Semerah. Blog ini diwujudkan oleh En Hashim bin A. Ghani.

15 July, 2011

HARI KEUSAHAWANAN : MERIAH...NASI AYAM PENYEK SATU !


Kelab Sofbol telah mengambil insiatif untuk berniaga dalam Hari Keusahawanan pada 7 Julai yang lepas. Program Hari Keusahawanan dilakukan untuk membantu pihak sekolah mengumpul dana bagi pihak sekolah. Dana tersebut digunakan untuk membina dan menambahbaik prasarana seperti laluan pejalan kaki dan beberapa kemudahan lain.
Menu kelab pada hari itu ialah nasi ayam penyek dan air kelapa muda. Cikgu Hasralda bt Abu Hassn bersama Umu Haziqah, Nora Syafika dan Ain Fazreen kelihatan membantu cikgu Hasralda di samping En Hashim yang juga membantu pengurusan jualan. Jualan habis…nampaknya laris gerai Kelab Sofbol.
Terima kasih kepada guru-guru dan AJK yang membantu kelab. Tahun depan kita berjual lagi.

26 May, 2011

PERJUMPAAN KE-4 : MEREKA CIPTA LOGO DAN BAJU RASMI


Tarikh              :       25  Mei 2011
Hari                 :       Rabu 
Tempat            :       Makmal Sains
Kehadiran        :       1.    Cik Hasralda bt Abu Hassn,
2.     Pn Aisyah bt Abu Samah,
3.     En Hashim bin A. Ghani,
4.     Pn Fadilatus Firdaus
5.     Cik Noraini bt Jaafar
6.     Cik Shahrina Wong 

Pada hari ini ada pertambahan guru penasihat kelab iaitu Pn Fadilatus Firdaus bt Mohd Noh, Cik Shahrina Wong bt Zulkifli dan Cik Noraini bt Jaafar. Semoga kemasukan guru-guru ini akan membantu meningkatkan aspek pengurusan kelab.

16 May, 2011

KEJOHANAN SOFBOL L/P BAWAB 18 TAHUN MSS JOHOR



Tarikh              :       13 – 15 Mei 2011
Hari                 :       Jumaat – Ahad
Tempat            :       SMK Paduka Tuan & SM Vokasional
Segamat



4 orang pelajar SMK Semerah telah dipilih untuk mewakili daerah Batu Pahat ke Kejohanan Sofbol MSS Johor 2011. Mereka ialah Umu Haziqah bt Abu Bakar, Nor Ain Fazreen bt Mohtadin, Noramelina bt Ahmad Balya dan Nur Azreen Aida bt Roslan yang diiringi dan dilatih oleh En Hashim bin A. Ghani.
Dari kiri, Nor Amelina, Azreen Aida, Umu Haziqah dan Ain Fazreen
Sebagai finalist 2010, Batu Pahat menewaskan Johor Bahru 8-4 namun tewas mengejut kepada Kluang 2-4 tetapi bangkit membenam Ledang 10-0.

13 May, 2011

LATIHAN PUSAT SOFBOL MSS JOHOR


Tarikh              :       9 – 10 Mei 2011
Hari                 :       Isnin – Selasa
Tempat            :       SMK Semerah
Kehadiran        :       En Hashim bin A. Ghani
                        :       En Yaser bin Abd Warif
Pemain            :       12 orang pemain 
Latihan fasa pertama ini untuk diadakan untuk memantapkan kemahiran sofbol. Latihan selama 2 hari ini diadakan mengikut zon. Bagi zon Semerah dikendalikan oleh En Hashim A. Ghani dan En Yaser Abd Warif.

29 April, 2011

PERTANDINGAN SOFBOL L/P BAWAB 18 TAHUN MSSD BATU PAHAT


Tarikh     :  26 – 28 April 2011
Hari         :  Selasa – Khamis
Tempat   :  SMK Tunku Mahmood Iskandar,
Pegawai   : En Ahmad Hamizan (Pengurus)         
                : Cik Norul Rafidah (Pen. Pengurus)
                : En Hashim bin A. Ghani      (Jurulatih)
                : Cik Hasralda bt Abu Hassn      (Penolong)
Pemain    : 15 orang

Team Sofbol SMK Semerah
        

23 April, 2011

LATIHAN SOFBOL 4 : TAKTIKAL DAN STRATEGI


Tarikh           :       18 – 22 April
Hari               :       Isnin - Jumaat
Masa              :       Pagi (8.00–10.30),Petang (3.00–5.30)
Kehadiran     :       1.     En Hashim bin A. Ghani
                              2.     Cik Hasralda bt Abu Hassn

        Latihan dalam fasa ini adalah fasa terakhir yang perlu dipelajari oleh para pemain. Memang mereka ada pengalaman. Pengalaman lama perlu diingati agar kita tidak mengulanginya. Justeru itu, En Hashim mengatur taktikal dan strategi pada fasa latihan ini. Tumpuan kepada aspek pitching, fielding dan bating.

17 April, 2011

LATIHAN SOFBOL 3 : COMBINATION OF TEAM


Tarikh              :       12 – 14 April 2011
Hari                  :       Selasa - Khamis
Masa                 :       3.30 – 6.00 petang
Kehadiran        :       1.     En Hashim bin A. Ghani
                                 2.     Cik Hasralda bt Abu Hassn

Team yang berjaya memerlukan kombinasi yang baik antara para pemain. Antara kombinasi yang diperlukan ialah komunikasi, keserasian, kepercayaan dan ketepatan. Latihan pada sesi ini untuk memantapkan kombinasi pasukan agar para pemain tahu akan peranan mereka ketika di dalam padang mahupun di luar padang.

13 April, 2011

POSISI PEMAIN SOFBOL BAWAH 18 TAHUN


Posisi dalam permainan bola lisut amat penting. Pitcher dan catcher amat memainkan peranan utama. Seringkali orang ramai melihat aksi dan kelibat kedua-dua penggerak utama permainan sofbol ini. Namun demikian, tumpuan bola selepas itu adalah kepada pemain bes pertama. Adakah bola akan sampai dahulu daripada batter-runner atau sebaliknya.
        Berikut adalah cadangan (belum muktamad) posisi pemain SMK Semerah untuk tahun 2011 :-

12 April, 2011

SENARAI PEMAIN YANG TERPILIH MEWAKILI SEKOLAH


Kebanyakan para pemain adalah pemain lama yang telah tiga tahun bermain dalam pasukan sofbol sekolah. Ada pemain lama yang tidak mahu melibatkan diri untuk tahun ini atas alasan peperiksaan PMR. Namun demikian ada pemain baru yang ingin menyertai pasukan sofbol sekolah.

09 April, 2011

LATIHAN SOFBOL 2 : PITCHING AND FIELDING


Tarikh              :       5 – 8 April
Hari                  :       Selasa - Khamis
Masa                :       3.30 – 6.00 petang
Kehadiran        :       1.     En Hashim bin A. Ghani
                                 2.     Cik Hasralda bt Abu Hassn

         Fasa kedua dijalankan pada sebelah petang sahaja, sama seperti fasa pertama. Itupun setelah mereka tamat sesi kelas tambahan kerana ada para pemain yang berada di Tingkatan Tiga.

02 April, 2011

PERJUMPAAN KE-3 : SCORING


Tarikh             :       30 Mac 2011
Hari                 :       Rabu
Masa                :       1.10 – 1.50 petang
Tempat            :       Makmal Sains

        Scoring ialah mencatat pergerakan para pemain pasukan kita dan pasukan lawan. Daripada lembaran catatan (score sheet) kita boleh mengetahui dan membuat analisis permainan.

19 March, 2011

LATIHAN SOFBOL 1 : FITNESS, THROWING AND BATING


Tarikh              :       13 – 16 Mac
Hari                  :       Selasa - Jumaat
Masa                 :       3.30 – 6.00 petang
Kehadiran         :       1.     En Hashim bin A. Ghani
                                2.     Cik Hasralda bt Abu Hassn

        Inilah latihan fasa pertama yang dijalankan oleh jurulatih sofbol sekolah iaitu En Hashim bin A. Ghani dan Cik Hasralda bt Abu Hassn. Pihak kelab juga memanggil En Iddi, salah seorang taff sekolah Semerah untuk menguatkan team sofbol pada tahun ini.

24 February, 2011

PERJUMPAAN KEDUA : PENGENALAN PERMAINAN SOFBOL


Tarikh              :       23 Februari 2011
Hari                  :       Rabu
Masa                 :       1.10 – 1.50 petang
Tempat            :       Makmal Sains

        Ini adalah perjumpaan kali kedua. Cik Hasralda mempengerusi perjumpaan ini. Tajuk perjumpaan ialah pengenalan permainan sofbol.

01 February, 2011

SEJARAH SOFBOL


Sejarah permainan sofbol bermula di Amerika Syarikat, yang diciptakan di kompleks olahraga Farragut Boat Club Chicago, Illinois 16 September 1887 secara tidak sengaja oleh George Hancock.
Pada mulanya terdapat beberapa alumni Universiti Yale dan Harvard sedang mendengarkan pertandingan akhir sepak bola Amerika antara Yale dan Harvard di club Farragut Boat. Setelah skor akhir diumumkan iaitu kemenangan kepada Yale, seorang alumni Yale dengan gembiranya melempar sebuah sarung tinju ke penyokong Harvard. Seorang penyokong dengan reflek mengambil sebatang kayu dan memukul ke arah sarung tinju itu. Melihat hal itu memberikan sebuah idea seorang reporter Chicago Board of Trade, George Hancock. Dia menyarankan untuk membuat sebuah permainan di dalam ruangan dengan bola yang dibuat dari sarung tinju yang dilempar tadi. Dia mengambil sarung tinju itu dan mengikatnya dengan ketat menggunakan seutas tali, supaya menyerupai bola. Kemudian dengan beberapa batang kapur, Hancock menandakan pada lantai Farragut Boat menyerupai padang baseball.

27 January, 2011

PERJUMPAAN PERTAMA : MESYUARAT AGUNG 2011


Tarikh              :       26 Januari 2011     
Hari                  :       Rabu
Masa                 :       1.10 – 1.50 petang
Tempat            :       Makmal Sains

Perjumpaan pertama Kelab Sofbol  bertujuan untuk memilih dan melantik jawatankuasa kelab untuk tahun 2011. Tahun lepas Kelab Sofbol diketuai oleh Pn Noor Nazira bt Maliki dan dibantu oleh Cik Hasralda,  Pn Aisyah bt Abu Samah , Pn Sakinah bt Shafie dan En Ahmad Hamizan bin Mohd Khir.

01 January, 2011

SELAMAT DATANG KE BLOG KELAB SOFBOL SMK SEMERAH


Assalammualaikum w.b.t., salam sejahtera dan salam 1Malaysia. Bertemu untuk pertama kalinya dalam blog Kelab Sofbol. Dalam era siber, Kelab Sofbol SMK Semerah mengambil langkah untuk menyiarkan dan berkongsi dengan warga sekolah dan masyarakat luar dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh ahli kelab.

SEMERAH TERUS MENYERLAH DI PERSADA

            Misi SMK Semerah direalisasikan apabila mengekalkan kejuaraan dalam Pertandingan Sofbol Bawah 18 Tahun MSSD Batu Paha t.  Per...