29 April, 2011

PERTANDINGAN SOFBOL L/P BAWAB 18 TAHUN MSSD BATU PAHAT


Tarikh     :  26 – 28 April 2011
Hari         :  Selasa – Khamis
Tempat   :  SMK Tunku Mahmood Iskandar,
Pegawai   : En Ahmad Hamizan (Pengurus)         
                : Cik Norul Rafidah (Pen. Pengurus)
                : En Hashim bin A. Ghani      (Jurulatih)
                : Cik Hasralda bt Abu Hassn      (Penolong)
Pemain    : 15 orang

Team Sofbol SMK Semerah
        

23 April, 2011

LATIHAN SOFBOL 4 : TAKTIKAL DAN STRATEGI


Tarikh           :       18 – 22 April
Hari               :       Isnin - Jumaat
Masa              :       Pagi (8.00–10.30),Petang (3.00–5.30)
Kehadiran     :       1.     En Hashim bin A. Ghani
                              2.     Cik Hasralda bt Abu Hassn

        Latihan dalam fasa ini adalah fasa terakhir yang perlu dipelajari oleh para pemain. Memang mereka ada pengalaman. Pengalaman lama perlu diingati agar kita tidak mengulanginya. Justeru itu, En Hashim mengatur taktikal dan strategi pada fasa latihan ini. Tumpuan kepada aspek pitching, fielding dan bating.

17 April, 2011

LATIHAN SOFBOL 3 : COMBINATION OF TEAM


Tarikh              :       12 – 14 April 2011
Hari                  :       Selasa - Khamis
Masa                 :       3.30 – 6.00 petang
Kehadiran        :       1.     En Hashim bin A. Ghani
                                 2.     Cik Hasralda bt Abu Hassn

Team yang berjaya memerlukan kombinasi yang baik antara para pemain. Antara kombinasi yang diperlukan ialah komunikasi, keserasian, kepercayaan dan ketepatan. Latihan pada sesi ini untuk memantapkan kombinasi pasukan agar para pemain tahu akan peranan mereka ketika di dalam padang mahupun di luar padang.

13 April, 2011

POSISI PEMAIN SOFBOL BAWAH 18 TAHUN


Posisi dalam permainan bola lisut amat penting. Pitcher dan catcher amat memainkan peranan utama. Seringkali orang ramai melihat aksi dan kelibat kedua-dua penggerak utama permainan sofbol ini. Namun demikian, tumpuan bola selepas itu adalah kepada pemain bes pertama. Adakah bola akan sampai dahulu daripada batter-runner atau sebaliknya.
        Berikut adalah cadangan (belum muktamad) posisi pemain SMK Semerah untuk tahun 2011 :-

12 April, 2011

SENARAI PEMAIN YANG TERPILIH MEWAKILI SEKOLAH


Kebanyakan para pemain adalah pemain lama yang telah tiga tahun bermain dalam pasukan sofbol sekolah. Ada pemain lama yang tidak mahu melibatkan diri untuk tahun ini atas alasan peperiksaan PMR. Namun demikian ada pemain baru yang ingin menyertai pasukan sofbol sekolah.

09 April, 2011

LATIHAN SOFBOL 2 : PITCHING AND FIELDING


Tarikh              :       5 – 8 April
Hari                  :       Selasa - Khamis
Masa                :       3.30 – 6.00 petang
Kehadiran        :       1.     En Hashim bin A. Ghani
                                 2.     Cik Hasralda bt Abu Hassn

         Fasa kedua dijalankan pada sebelah petang sahaja, sama seperti fasa pertama. Itupun setelah mereka tamat sesi kelas tambahan kerana ada para pemain yang berada di Tingkatan Tiga.

02 April, 2011

PERJUMPAAN KE-3 : SCORING


Tarikh             :       30 Mac 2011
Hari                 :       Rabu
Masa                :       1.10 – 1.50 petang
Tempat            :       Makmal Sains

        Scoring ialah mencatat pergerakan para pemain pasukan kita dan pasukan lawan. Daripada lembaran catatan (score sheet) kita boleh mengetahui dan membuat analisis permainan.

SEMERAH TERUS MENYERLAH DI PERSADA

            Misi SMK Semerah direalisasikan apabila mengekalkan kejuaraan dalam Pertandingan Sofbol Bawah 18 Tahun MSSD Batu Paha t.  Per...