15 July, 2011

HARI KEUSAHAWANAN : MERIAH...NASI AYAM PENYEK SATU !


Kelab Sofbol telah mengambil insiatif untuk berniaga dalam Hari Keusahawanan pada 7 Julai yang lepas. Program Hari Keusahawanan dilakukan untuk membantu pihak sekolah mengumpul dana bagi pihak sekolah. Dana tersebut digunakan untuk membina dan menambahbaik prasarana seperti laluan pejalan kaki dan beberapa kemudahan lain.
Menu kelab pada hari itu ialah nasi ayam penyek dan air kelapa muda. Cikgu Hasralda bt Abu Hassn bersama Umu Haziqah, Nora Syafika dan Ain Fazreen kelihatan membantu cikgu Hasralda di samping En Hashim yang juga membantu pengurusan jualan. Jualan habis…nampaknya laris gerai Kelab Sofbol.
Terima kasih kepada guru-guru dan AJK yang membantu kelab. Tahun depan kita berjual lagi.

SEMERAH TERUS MENYERLAH DI PERSADA

            Misi SMK Semerah direalisasikan apabila mengekalkan kejuaraan dalam Pertandingan Sofbol Bawah 18 Tahun MSSD Batu Paha t.  Per...