29 November, 2011

SIRI PITCHING VOLUME 1 : SPIN, DROP & RISE BALL (ASAS PUTARAN TANGAN)



Video ini memaparkan asas tangan untuk melakukan pitch spin, drop dan rise ball. Inilah asas untuk pitcher memulakan lontaran tangan yang baik. Spin ball boleh memusingkan bola sama ada ikut arah jam, lawan jam atau condong arahnya. Drop ball menyebabkan bola jatuh ke bawah dan rise ball menyebabkan bola berpusing serta bergerak ke atas. Selamat mencuba

15 November, 2011

SIRI VIDEO SOFBOL 3 : HIT / PUKULAN

Dalam pernainan sofbol terdapat beberapa jenis pukulan (hit). Hit adalah antara elemen utama dalam merencanakan permainan agar boleh mengelirukan pemadang dan akhirnya berjaya mendapatkan larian (run) dengan selamat . Berikut adalah beberapa jenis hit dalam sofbol iaitu : 

1. Hit  
2. Slap Hit 
3. Bunt



4. Bunt - Hit
5. Run - Hit


Moga anda berjaya mengaplikasi atau mempraktikkannya. Selamat mencuba. Jumpa di lain siri.

12 November, 2011

HARI ANUGERAH KOKURIKULUM 2011 : TAHNIAH UMMU NURHAZIQAH


Ummu Nurhaziqah bt Abu Bakar sekali lagi mencatat sejarah apabila merangkul Anugerah Khas Sukan bagi tahun 2010 pada Hari Anugerah Kokurikulum SMK Semerah. Ini adalah kali kedua Ummu memenangi anugerah kokurikulum. Pada tahun lepas, beliau mendapat Anugerah Tokoh Sukan Harapan.

03 November, 2011

SOFBOL BAWAH 15 TAHUN : TEMPAT KE-3




Pada tahun lepas (2010), tiada pertandingan dijalankan. Pada tahun ini, arena sofbol bawah 15 tahun kembali dengan penganjuran Pertandingan Sofbol Bawah 15 TahunSMK Semerah tidak ketinggalan untuk menyertai pertandingan tersebut.  SMK Dato’ Seth telah diamanahkan untuk mengelolakan pertandingan tersebut pada 1-2 November.   Walaupun hujan turun pada sebelah petang, pertandingan ini tetap berjalan seperti yang dirancang.
Team SMK Semerah diketuai oleh En Hashim bin A. Ghani dan Cik Hasralda bt Abu Hassn sebagai jurulatih dengan dibantu oleh En Ahmad Hamizan bin Mohd Khir dan Cik Norul Rafidah bt Redzuan sebagai pengurus sementara para pemain berjumlah 12 orang dibawa pada kali ini dengan misi untuk menduduki 3 tempat terbaik. Para pemain tersebut ialah :-

SEMERAH TERUS MENYERLAH DI PERSADA

            Misi SMK Semerah direalisasikan apabila mengekalkan kejuaraan dalam Pertandingan Sofbol Bawah 18 Tahun MSSD Batu Paha t.  Per...