05 September, 2012

SOFBALL STRETCHING EXERCISE 2010


Softball stretching exercises to improve your performance and do away with softball injuries for good.
The sport of softball was conceived on Thanksgiving Day, 1887 in Chicago. A group of young men had gathered in the Farragut Boat Club's gymnasium following a Harvard-Yale football game. One of the men - George Hancock - tied a boxing glove together, drew a diamond outline on the floor with chalk and threw the glove toward another man who hit it with a broom handle; thus softball was born. The invented game is a close correlate of baseball. Hancock followed up his casual invention of the game by formalizing rules, creating an oversized baseball for play, and setting permanent boundary markers on the gym floor.
If you're looking to improve your softball game or just seeking to prevent softball injuries it is important to follow the information in this article. In addition, adding a few simple stretches to your fitness program will also help. 
Top 3 softball stretches

18 July, 2012

PERJUMPAAN KE-5 :PENGENALAN SOFBOL II

Tarikh              :       7 Mac 2012
Hari                  :       Rabu
Masa                :       1.30 – 1.50 petang
Tempat            :       Makmal Sains
Kehadiran       :       1.     En Hashim bin A. Ghani


Layari URL  video http://www.youtube.com/watch?v=kkN139nylmY&feature=related ini untuk pengetahuan asas mengenai apakah itu sofbol.
Moga anda akan memahami permainan yang penuh dengan taktikal dan strategi.

04 May, 2012

SEMERAH JUARA SOFBOL 5 KALI BERTURUT-TURUT


            Semerah sekali lagi mengungguli kejuaraan sofbol bawah 12 tahun buat kali kelima berturut-turut di daerah Batu Pahat. Pasukan sofbol dari Sekolah Kebangsaan Seri Utama yang mewakili cawangan Semerah memulakan langkah apabila membelasah Pintas Puding14-0. Dalam aksi perlawanan kedua menumbangkan Senggarang 8-3. Pertandingan sofbol bawah 12 tahun ini dikendalikan oleh cawangan Bandar dan dikelolakan oleh Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Ai Chun 1. Pertandingan diadakan pada 3 Mei 2012 di padang SMK Tinggi Batu Pahat.
            Johan kategori lelaki dimenangi oleh cawangan Pintas Puding, yang menewaskan Yong Peng dalam arena perlawanan akhir yang mendebarkan 9-8. Sementara itu, seperti yang diramal Senggarang menewaskan Bandar 12-2.
Pingat dan sijil pemenang disampaikan oleh En Razak, Penyelia Sukan Pejabat Pelajaran Daerah Batu Pahat.

29 April, 2012

PERJUANGAN BERKECAI


             Pasukan sofbol SMK Semerah yang seringkali mengharumkan nama Semerah dalam arena sofbol dikejutkan dengan kekalahan dalam perlawanan pertama yang terus menyingkirkan Semerah untuk ke separuh akhir. Pasukan Sofbol Semerah yang diketuai oleh En Hashim A. Ghani dan dibantu oleh Cik Hasralda Abu Hassn, Cik Norul Rafidah Redzuan, Puan Yuthanis Ithnin dan En Ahmad Hamizan Mohd Khir telah membawa misi menjadi johan pada tahun ini, setelah pada tahun lepas merangkul naib johan.
            Hampir semua pemain tahun lepas masih bersama dalam team pada tahun ini. Harapan yang tinggi menggunung melangkah masuk ke dalam gelanggang pertandingan dengan menentang SMK Convent. Semerah mendahului inning pertama 3-2 dan terus di hadapan apabila memperoleh 5 larian lagi. Convent mengejar rapat dengan mendapat 6 larian dalam perlawanan yang sengit. Ketika Convent mendahului 9-8 dan para pemain ingin memukul semula dalam inning ketiga tiba-tiba scorer memaklumkan kepada umpire masa sudah tamat. Umpire plate terkejut dan meminta pengesahan daripada pegawai pertandingan. Lalu umire tmengisytiharkan ‘time game”. Terkejut semua pegawai Semerah. Ada tidaknya, biasanya peringkat umur bawah 18 tahun, masa perlawanan ialah 1 jam 20 minit. Masa perlawanan 1 jam biasanya pada peringkat umur bawah 12 dan 15 tahun.
            Bantahan lisan dikemukakan oleh En Hashim.

08 March, 2012

PERJUMPAAN KEDUA : PENGENALAN PERMAINAN SOFBOL

Tarikh              :       7 Mac 2012
Hari                 :       Rabu
Masa                :       1.30 – 1.50 petang
Tempat            :       Makmal Sains
Kehadiran        :       1.     En Hashim bin A. Ghani
2.     Cik Hasralda bt Abu Hassn
        3.     Pn Nawatul bt Kamaruddin
        4.     Pn Sakinah bt Shafie 
        Perjumpaan pada kali ini adalah untuk menerangkan perihal permainan sofbol. Penerangan dijelaskan oleh En Hashim bin A. Ghani. Pengalaman beliau dalam permainan ini sejak 1996 lagi. Penerangan beliau berkaitan dengan :
       1.  Sejarah sofbol
       2.  Pencapaian dari 1996 hingga 2011
       3.  Peralatan permainan
       4.  Padang permainan
       5.  Struktur Pemain dan posisi
       6.  Cara permainan
       7.  Istilah dalam permainan sofbol
       8.  Undang-undang
       9.  Kemahiran-kemahiran
Moga perjumpaan kedua ini akan menarik  minat para ahli untuk terus bermain dalam permainan sofbol.

15 February, 2012

PERJUMPAAN PERTAMA : MESYUARAT AGUNG 2012

Tarikh              :       8 Feb 2012
Hari                 :       Rabu
Masa                :       1.30 – 1.50 petang
Tempat            :       Kelas 5 Bakawali
Kehadiran        :       1.     Cik Hasralda bt Abu Hassn
2.     Pn Nawatul Akma bt Kamaruddin
        3.     Pn Sakinah bt Shafie
        4.     En Hashim bin A. Ghani
        Hari ini adalah perjumpaan untuk memilih jawatankuasa kelab. Perjumpaan dikendalikan oleh Cik Hasralda Abu Hassn. Beliau menerangkan maklumat berkaitan kelab dan peraturan berpersatuan. Untuk itu pemilihan jawatankuasa kelab dijalankan melalui proses undian. Berikut adalah pelajar yang terpilih untuk mengemudi kelab pada tahun 2012 :-
            

SEMERAH TERUS MENYERLAH DI PERSADA

            Misi SMK Semerah direalisasikan apabila mengekalkan kejuaraan dalam Pertandingan Sofbol Bawah 18 Tahun MSSD Batu Paha t.  Per...