08 August, 2016

MENERUSKAN KEHEBATAN : SEMERAH JUARA LAGI

Juara Sofbol Perempuan Bawah 18 Tahun


Finalis 2016 antara SMK Semerah dan SMK (P) Temenggung Ibrahim

Ketua Pasukan, Amelia sedang menerima pingat dan sijil oleh En Hairul, Penyelia Kanan Sukan PPD Batu Pahat

Majlis penutupan dan penyampaian pingat

Coach Tn Hj Hashim dan En Yaser sedang mengatur strategi 


Aksi dalam salah satu perlawanan
           Alhamdulilah sekali lagi SMK Semerah telah dinobatkan merangkul kejuaraan sofbol Batu Pahat bagi tahun 2016. Pertandingan yang diadakan pada 20-21 Julai ini disertai oleh 8 pasukan untuk kategori perempuan manakala 6 pasukan lelaki bertanding untuk kategori lelaki yang diadakan pada 19 Julai. Pada tahun ini pertandingan dianjurkan oleh SMK Dato’ Sulaiman.
          SMK Semerah memulakan langkah awal dengan menewaskan tuan rumah 12-2. Kemudian menewaskan SMK Tunku Mahmood Iskandar 11-4 seterusnya membenam naib juara tahun lepas SMK Senggarang 14-3 untuk ke peringkat separuh akhir. Laluan berikutnya SMK Semerah menumbangkan naib juara tahun lepas, SMK Dato’ Seth 12-4.
          SMK Semerah yang dilatih oleh Tn Hj Hashim A. Ghani dan Cik Hasralda Abu Hassn serta diurus oleh En Ahmad Hamizan dan Pn Wahidah Wahab bermula  garang pada perlawanan akhir menentang SMK (P) Temenggung Ibrahim dengan memperoleh 7 larian pada inning pertama. Pasukan TIGS mengejar rapat 2 larian. Pada inning kedua Semerah terus menjarakkan larian dengan mendapat 2 lagi larian namun terus dihambat TIGS yang memperoleh 3 larian. Akhirnya, pada inning ketiga Semerah terus mengukuhkan kedudukan dengan menukarkan Amelia menggantikan Aisyah sebagai pitcher dan seterusnya menamatkan perlawanan dengan 9 larian berbalas 5.
          Inilah kejuaraan kali kedua berturut. Kejuaraan ini amat bererti kepada Semerah yang menyasarkan kejuaraan kali ketiga pada tahun depan iaitu dalam usaha mendominasi arena sofbol bagi daerah Batu Pahat. Tahniah kepada SMK Semerah. Anda hebat! 

SEMERAH TERUS MENYERLAH DI PERSADA

            Misi SMK Semerah direalisasikan apabila mengekalkan kejuaraan dalam Pertandingan Sofbol Bawah 18 Tahun MSSD Batu Paha t.  Per...