06 December, 2017

ADILA UNGGUL BANTU JDT JUARA SOFBOL BAWAH 16 TAHUN

Aisyah Adila Sabiran yang mewakili JDT C telah berjaya membantu team JDT C menjadi johan dalam Kejohanan Sofbol Bawah 16 Tahun Kebangsaan 2017. Kejohanan yang dijalankan di Kolej Vokasional Batu Pahat pada 27-30 November telah disertai oleh 12 pasukan lelaki dan 13 pasukan perempuan.
          Kemenangan Aisyah Adila ini adalah kejayaan kedua beliau setelah membantu JDT merangkul naib johan semasa Kejohanan Sofbol MSSM pada bulan Mei yang lepas.  Pada tahun lepas, Adila tidak berkesempatan mewakili Johor namun tempatnya disandang oleh rakannya, Nor Asyikin Shahrul yang membantu Johor menjadi naib johan kategori bawah 16 tahun.
Dalam pada itu, pasukan JDT C yang diwakili oleh sebahagian besarnya daripada pemain-pemain Batu Pahat, Mersing dan Johor Bahru memulakan langkah sumbang apabila tewas dengan Selangor 0-4. Namun mereka bangkit apabila membelasah Johor B 16-0. Kemudian meneruskan amukan dengan membenam Pulau Pinang, MSS Selangor dan menumbangkan Pahang pada semi final.
          Sementara itu, dalam perlawanan final, JDT C telah menentang semula Selangor. Pada 3 inning awal, kedua-dua gagal memperoleh larian. Pada inning ke-4, barulah kedua-dua pasukan menemui rentak namun Selangor  mendahului 2-1 sehingga inning ke-6. Oleh itu, pada inning terakhir, JDT C telah mengubah taktikal lalu berjaya mendapat 2 larian seterusnya menamatkan perlawanan dengan 3-2 dalam perlawanan yang cukup dramatik.

          Kejayaan ini membaiki keputusan tahun lepas yang Johor hanya memperoleh naib johan.  Semoga kejayaan ini akan diteruskan pada masa-masa yang akan datang dan harapan sofbol Semerah terus menyerlah 

09 August, 2017

AISYAH ADILA WAKILI JDT KE MSSM 2017

Aishah Adila menjadi wakil tunggal SMK Semerah yang mewakili negeri Johor Darul Takzim (JDT) ke Kejohanan Sofbol MSSM Tahun 2017 dari 6-11 Ogos 2017 di Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Adila menjadi pemain ketiga yang telah berjaya sampai ke peringkat kebangsaan.  Sebelum ini, Noor Amelia Rasidin dan Nurul Ashikin Shahrul pernah mewakili JDT dalam peringkat kebangsaan. Namun kedua-dua pemain tersebut tidak terpilih pada tahun ini.

          Setelah cemerlang membantu Batu Pahat ke peringkat negeri selama 3 tahun, akhirnya beliau terpilih pada tahun ini untuk mewakili JDT ke peringkat kebangsaan. Semoga sinar dan bakat Adila akan terus menyerlah dalam arena sofbol pada masa yang akan datang. 

Aishah Adila di depan sekali

17 July, 2017

3 SRIKANDI SEMERAH BERAKSI DI FINAL PEREMPUAN 18 TAHUN

Team Perempuan 18 Tahun Batu Pahat : Naib Johan

Kontijen sofbol Batu Pahat meraih keputusan memberangsangkan dalam Kejohanan Sofbol MSS Johor. Kejohanan tersebut telah diadakan pada 6-8 Julai di Johor Bahru.
Kontijen Batu Pahat diketuai oleh Tn Hj Hashim A. Ghani telah dibantu oleh 15 orang pegawai dan disertai oleh 52 orang pemain dengan penyertaan semua kategori.
Pasukan sofbol Perempuan 18 Tahun (P18) yang diketuai oleh Noor Amylia Rasidin sebagai kapten pasukan telah bermula garang apabila menewaskan Segamat 12-4 dan Tangkak 3-2 pada hari pertama. Walaupun tewas mengejut kepada Mersing 7-10, namun team P18 Batu Pahat telah pun layak ke peringkat seterusnya.
Pada peringkat suku akhir, Batu Pahat telah menumbangkan musuh seteru Pasir Gudang 5-1 dan seterusnya menang bergaya dengan membelasah Kota Tinggi 19-0. Namun demikian, kemaraan team P18 Batu Pahat telah disekat oleh daerah Kulai dalam perlawanan akhir.
Dalam perlawanan akhir tersebut,

09 July, 2017

MENUNGGU 7 TAHUN UNTUK BERAKSI DI FINAL


Team Perempuan 18 pada tahun 2010 








Team Batu Pahat lawan Kulai pada perlawanan akhir kategori P18 pada tahun 2017







25 April, 2017

TERIMA KASIH ATAS SUMBANGAN


Tunggak sofbol SMK Semerah ; Berdiri dari kiri, Azlina, Suhaily, Maisarah, Amelia, Ain Farhana dan Syaza. Turut serta ialah En Iddi Muhaimin
Pasukan sofbol SMK Semerah akan kehilangan 6 orang tunggak pasukan apabila tamat pengajian di SMK Semerah. Mereka ialah Nurul Amelia Rasidin, Ain Farhana, Azlina, Maisarah, Syaza dan Suhaily. Telah 5 tahun bersama dengan sofbol. Apapun tahniah kepada para pemain. Sementara itu, Amelia telah 2 kali mewakili negeri Johor ke MSSM.  Team Semerah telah 2 kali johan dan sekali tempat ke-3. Anda semua hebat !

HASRAT HATTRIK MENJADI TEMPAT KE-3


 Impian SMK Semerah untuk mencipta hatrik johan sofbol daerah Batu Pahat tersekat apabila hanya menduduki tempat ketiga. Setelah dua tahun berturut-turut, 2015 dan 2016 menjadi johan, kemaraan Semerah tersekat di separuh akhir apabila tewas tipis 2-3 kepada SMK Yong Peng dalam perlawanan yang mendebarkan.
Kontijen sofbol SMK Semerah diketuai oleh Tn Hj Hashim A. Ghani sebagai Ketua Jurulatih telah dibantu En Hilmi Hafiz (Fitness Coach), En Yaser Warif (Pitching/Catching Coach), En Musa (Fielding Coach) dan En Iddi Muhaimin (Bating Coach). Pengurus pasukan ialah Cik Hasralda Abu Hassn. Lilitan kapten pasukan diamanahkan kepada Nurul Amelia Rasidin. Pertandingan ini telah dijalankan di SMK Tunku Putra

SEMERAH TERUS MENYERLAH DI PERSADA

            Misi SMK Semerah direalisasikan apabila mengekalkan kejuaraan dalam Pertandingan Sofbol Bawah 18 Tahun MSSD Batu Paha t.  Per...