02 December, 2018

ADILA DAN SHIKIN KEMUDI JDT RANGKUL SOFBOL BAWAH 16 KEBANGSAAN 2018


Walaupun bertubuh kecil namun tidak menjadi  masalah besar kepada dua wakil SMK Semerah iaitu Aisyah Adila bt Sabiran dan Nur Ashikin bt Sahrul yang telah memainkan peranan besar kepada  pasukan sofbol perempuan Johor Darul Takzim (JDT) sehingga berjaya mengekalkan kejuaraan dalam Kejohanan Sofbol Bawah 16 Tahun MSSM yang diadakan di Kolej Vokasional Batu Pahat dari 25 – 27 November 2018.
Aisyah Adila yang bertindak sebagai kapten pasukan telah bermain dalam posisi 3rd base manakala Nur Ashikin pula memenuhi out field (pemadang luar). JDT memulakan langkah bergaya apabila menang selesa ke atas Selangor C 10-2 dan membenam Perak 22-0 untuk melangkah ke suku akhir.  Seterusnya menewaskan satu lagi rakan pasukan negeri iaitu Johor A 12-8 untuk mara ke separuh akhir.
Pada peringkat separuh akhir, ada tentangan awal pasukan Selangor A ke atas JDT namun JDT berjaya mengekang tentangan hebat sehingga berjaya memenangi perlawanan tersebut 9-2 untuk mara ke perlawanan akhir. Akhirnya buku bertemu ruas apabila perlawanan akhir menemukan Harimau Selatan dengan team Tok Gajah
Perlawanan akhir dijalankan sebanyak 7 inning.  Kedua-dua pasukan saling tidak memberikan larian sehinggalah pada inning ketiga barulah JDT memperoleh 3 larian. Pasukan Pahang terus mengasak JDT dengan pukulan-pukulan yang disasarkan ke out field namun kecekapan para pemain pemadang luar JDT yang diketuai oleh Nur Ashikin telah menggagalkan asakan tersebut. Kealpaan Pahang mengasak akhirnya dihukum apabila JDT memperolehi 3 larian lagi pada 2 inning terakhir. Pahang yang semakin terdesak terus mencuba untuk menafikan kemenangan JDT pada saat akhir dan akhirnya Pahang berjaya juga memperoleh 2 larian. Namun Pahang tidak kesampaian untuk menyekat JDT. Pelari terakhir Pahang yang cuba mendapatkan larian ke home telah ditag (disentuh) oleh Aisyah Adila dan perlawanan akhir berakhir dengan keputusan 6-2. Dengann itu, JDT pun dinobatkan sebagai johan sofbol kategori perempuan pada tahun ini iaitu johan buat kali kedua-dua berturut dalam 3 penampilan di perlawanan akhir.

Tahniah kepada JDT serta Aisyah Adila dan Nur Ashikin. Sementara itu, kategori lelaki dimenangi oleh pasukan Pahang yang menewaskan Selangor 4-3 dalam perlawanan akhir.  Syabas kepada pasukan-pasukan yang bertanding yang telah menunjukkan kualiti permainan yang cemerlang.



11 March, 2018

SYABAS SRIKANDI SEMERAH MENGHARUMKAN SOFBOL DI MSS JOHOR

3 trio srikandi SMK Semerah yang menjadi nadi pasukan sofbol Batu Pahat akhirnya berjaya menobatkan pasukan Batu Pahat sebagai johan kategori Perempuan 18 Tahun. Aisyah Adila bt SabiranNur Ashikin bt Shahrul dan Siti Nuradlena Natasya bt Asri berjaya membantu pasukan Batu Pahat memecahkan kekebalan juara bertahan Kulai10 tahun menunggu sejak 2009. Tahun 2011 hanya merangkul naib johan. Tahun 2016 hanya menduduki tempat ketiga manakala tahun lepas kecundang dengan Kulai. Akhirnya tahun 2018 pasukan sofbol Perempuan 18Batu Pahat menjaya membalas dendam dengan membenam pasukan Kulai 7-3 dalam perlawanan akhir yang mendebarkan. Aksi dramatik kedua-dua pasukan yang disaksikan oleh sebahagian penyokong tuan rumah menggamatkan suasana perlawanan akhir sehingga menenggelamkan kehangatan perlawanan akhir kategori Lelaki 18 Tahun yang juga berlangsung hanya bersebelahan sahaja.


Sementara itu, kontinjen Batu Pahat diketuai oleh Tn Hj Hashim A. Ghani dengan dibantu oleh 15 pegawai telah membawa 52 orang pemain dalam 4 kategori. Dengan slogan BP Sinergi, misi menjadi johan keseluruhan menjadi taruhan pada tahun ini. Latihan berkala dijalankan di beberapa lokasi agar keserasian para pemain dan taktikal diterapkan semaksimum yang mungkin. Dalam pada itu, team sofbol Perempuan 18 Tahun Batu Pahat memulakan langkah sumbang apabila dikejutkan dengan kekalahan 1-6 kepada Mersing. Tersentak dengan kekalahan itu, Batu Pahat bangkit dari lamunan dengan menumbangkan Segamat 9-1. Seterusnya membenam Pengerang 15-1. Kemaraan Batu Pahat tidak berjaya disekat apabila menewaskan Johor Bharu 11-1 dan mengalahkan Pasir Gudang 6-3 untuk mara ke final.
       

        Perlawanan akhir ini mengulangi pertemuan final tahun lepas yang menemukan Batu Pahat dengan Kulai.

19 February, 2018

UNGGUL DI TEMPAT KE-3 ; MENGULANGI PECAPAIAN TAHUN 2018


Sekali tersungkur, amat sukar untuk bangkit. Langkah disusun agar boleh terus berlari. Namun sudah terlewat untuk mengejar. Begitulah yang berlaku pada pasukan sofbol SMK Semerah apabila menduduki tempat ke-3 dalam Pertandingan Sofbol Bawah 18 Tahun MSSD Batu Pahat. Pertandingan yang diadakan di Kolej Vokasional Batu Pahat pada 12 – 14 Februari 2018 ini melibatkan 8 pasukan lelaki dan 10 pasukan perempuan.
          Dengan latihan berterusan tanpa henti sejak mula tahun baru 2018 dan latihan berkala bermula bulan Disember tahun lepas, pasukan sofbol SMK Semerah yang diterajui oleh Tn Hj Hashim bin A. Ghani dan dibantu oleh En Hafiz Hilmi, En Iddi Muhaimin, En Musa serta diurus selia oleh Cik Hasralda bt Abu Hassn dan En Ahmad Hamizan bin Mohd Khir, memulakan langkah bergaya apabila meratah SMK Dato’ Seth 28-0. Kemudian membenam SMK Tun Aminah 10-0 dan seterusnya menumbangkan SMK Dato’ Sulaiman 14-2.
          Langkah bergaya ini disekat oleh SMK Tunku Mahmood Iskandar (STMI) apabila tewas 0-9. Strategi menyerang Semerah terbantut apabila 4 pemain awal RabiatunAdila, Chempaka dan Adibah telah ‘out’. Ini merencatkan momentum pasukan apabila SMTI menyerang balas dengan 4 larian. Kemudian Semerah cuba mengejar tetapi para pemain seterusnya terkedu apabila tidak mampu memukul bola pitcher pihak lawan. Lantas STMI terus menghukum pemadang Semerah apabila terus mencuri 5 larian pada inning ke-3.
          Lantaran itu, Semerah telah merombak taktikal dengan

03 February, 2018

SIRI PERLAWANAN PERSAHABATAN


Perlawanan persahabatan penting sebelum pertandingan dimulakan. Menang atau kalah diketepikan. Strategi dan kombinasi dicuba atur oleh pasukan yang berlawan untuk mengisi ruang-ruang kosong yang boleh diperbaiki.
          Sehubungan itu, pasukan sofbol SMK Semerah telah mengaturkan beberapa perlawanan persahabatan. Dalam siri perlawanan pertama, Semerah menentang SMK Seri Medan di padang lawan. Kemenangan 15-0 ke atas Seri Medan tidak menunjukkan aksi sebenar kerana perlawanan berat sebelah.
          Manakala perlawanan persahabatan kedua antara Semerah menentang SMK Pekan Baru juga dimenangi oleh Semerah 12-7, dalam aksi yang hebat. Pengetua pun turut turun sama memberi sokongan. Namun dalam perlawanan ketiga, Semerah tewas mengejut 7-14 kepada juara bertahan SMK (P) Temenggung Ibrahim.

          Moga perlawanan persahabatan ini mampu meningkatakan agar Semerah terus mengungguli persada sofbol. Teruskan Semerah, terus menyerlah di persada.






SEMERAH TERUS MENYERLAH DI PERSADA

            Misi SMK Semerah direalisasikan apabila mengekalkan kejuaraan dalam Pertandingan Sofbol Bawah 18 Tahun MSSD Batu Paha t.  Per...