Kontijen sofbol
Batu Pahat meraih keputusan memberangsangkan dalam Kejohanan Sofbol MSS Johor. Kejohanan tersebut telah diadakan
pada 6-8 Julai di Johor Bahru.
Kontijen Batu Pahat
diketuai oleh Tn Hj Hashim A. Ghani telah dibantu oleh
15 orang pegawai dan disertai oleh 52 orang pemain dengan penyertaan semua
kategori.
Pasukan sofbol
Perempuan 18 Tahun (P18) yang diketuai oleh Noor Amylia Rasidin sebagai kapten pasukan telah bermula
garang apabila menewaskan Segamat 12-4 dan Tangkak 3-2 pada hari pertama. Walaupun tewas
mengejut kepada Mersing 7-10, namun team P18
Batu Pahat telah pun layak ke peringkat seterusnya.
Pada peringkat suku
akhir, Batu Pahat telah menumbangkan musuh seteru Pasir Gudang 5-1 dan seterusnya menang bergaya dengan
membelasah Kota Tinggi 19-0. Namun demikian,
kemaraan team P18 Batu Pahat telah disekat oleh daerah Kulai dalam perlawanan
akhir.
Dalam perlawanan
akhir tersebut,