29 April, 2011

PERTANDINGAN SOFBOL L/P BAWAB 18 TAHUN MSSD BATU PAHAT


Tarikh     :  26 – 28 April 2011
Hari         :  Selasa – Khamis
Tempat   :  SMK Tunku Mahmood Iskandar,
Pegawai   : En Ahmad Hamizan (Pengurus)         
                : Cik Norul Rafidah (Pen. Pengurus)
                : En Hashim bin A. Ghani      (Jurulatih)
                : Cik Hasralda bt Abu Hassn      (Penolong)
Pemain    : 15 orang

Team Sofbol SMK Semerah
         Setelah tiga minggu berlatih intensif, team sofbol yang diketuai oleh Umu Haziqah bt Abu Bakar, kapten pasukan, telah memulakan langkah bergaya pada hari pertama. Membenam TIGS 22-2 dan membelasah pendatang baru, SMK Seri Gading 29-0 untuk mara ke separuh akhir. Menumpaskan SMK Yong Peng 15-5 untuk ke final.
                            
PASUKAN
SMK SEMERAH
TIGS
SMK SERI GADING
LARIAN BEZA
MATA
KED
SMK SEMERAH

22 - 2
29 - 0
51 - 2
4
1
( 2 )
( 2 )
TIGS
2 – 22

10-2
12 - 24
3
2
1
( 2 )
SMK SERI GADING
0 – 29
2 - 10

2 - 39
2
3
( 1 )
( 1 )


        Alhamduliliah sasaran tercapai pada tahun ini. Menurut mentor sofbol, En Hashim, “Sasaran kita ialah sampai ke peringkat separuh akhir.  Dapat tempat ke-3 adalah kejayaan. Sekiranya berjaya mara ke final, itu adalah bonus. Menjadi johan merupakan keajaiban kerana Semerah merupakan underdog dan SMKTMI adalah favorite untuk menjulang kejuaraan pada tahun ini. Namun demikian, siapa tahun satu keajaiban akan tercipta pada hari ini !”.
        Dalam aksi final menentang tuan rumah SMK Tunku Mahmood Iskandar (SMKTMI), Semerah mendahului 2-0 pada inning pertama. Mungkinkah keajaiban akan dicipta pada hari ini seperti kata En Hashim? Kemudian mereka mengejar dan mendapat tiga (3) larian menjadikan 3-2 tetapi dibalas oleh Semerah yang memperolehi dua (2) larian lagi,  lantas menjadikan Semerah terus mendahului 4-3 pada inning kedua. Pada inning ketiga, SMKTMI terus menghambat Semerah dengan mendapat dua (2) larian lagi menjadikan 5-4.
        Tekanan yang tinggi kepada pasukan pendatang menyebabkan para pemain tidak dapat menyerap tekanan dalam perlawanan akhir. Maka akhirnya Semerah tunduk kerana tidak dapat mengejar lagi tuan rumah dan masa pun tamat.
        Apa-apa pun tahniah kepada para pemain dan pegawai kerana telah pergi sejauh ini.  Tahun depan kita cuba lagi untuk menjadi juara pula ! Mungkin keajaiban tidak muncul pada tahun 2011 tetapi akan menjelma pada tahun 2012. InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment

SEMERAH TERUS MENYERLAH DI PERSADA

            Misi SMK Semerah direalisasikan apabila mengekalkan kejuaraan dalam Pertandingan Sofbol Bawah 18 Tahun MSSD Batu Paha t.  Per...