11 March, 2018

SYABAS SRIKANDI SEMERAH MENGHARUMKAN SOFBOL DI MSS JOHOR

3 trio srikandi SMK Semerah yang menjadi nadi pasukan sofbol Batu Pahat akhirnya berjaya menobatkan pasukan Batu Pahat sebagai johan kategori Perempuan 18 Tahun. Aisyah Adila bt SabiranNur Ashikin bt Shahrul dan Siti Nuradlena Natasya bt Asri berjaya membantu pasukan Batu Pahat memecahkan kekebalan juara bertahan Kulai10 tahun menunggu sejak 2009. Tahun 2011 hanya merangkul naib johan. Tahun 2016 hanya menduduki tempat ketiga manakala tahun lepas kecundang dengan Kulai. Akhirnya tahun 2018 pasukan sofbol Perempuan 18Batu Pahat menjaya membalas dendam dengan membenam pasukan Kulai 7-3 dalam perlawanan akhir yang mendebarkan. Aksi dramatik kedua-dua pasukan yang disaksikan oleh sebahagian penyokong tuan rumah menggamatkan suasana perlawanan akhir sehingga menenggelamkan kehangatan perlawanan akhir kategori Lelaki 18 Tahun yang juga berlangsung hanya bersebelahan sahaja.


Sementara itu, kontinjen Batu Pahat diketuai oleh Tn Hj Hashim A. Ghani dengan dibantu oleh 15 pegawai telah membawa 52 orang pemain dalam 4 kategori. Dengan slogan BP Sinergi, misi menjadi johan keseluruhan menjadi taruhan pada tahun ini. Latihan berkala dijalankan di beberapa lokasi agar keserasian para pemain dan taktikal diterapkan semaksimum yang mungkin. Dalam pada itu, team sofbol Perempuan 18 Tahun Batu Pahat memulakan langkah sumbang apabila dikejutkan dengan kekalahan 1-6 kepada Mersing. Tersentak dengan kekalahan itu, Batu Pahat bangkit dari lamunan dengan menumbangkan Segamat 9-1. Seterusnya membenam Pengerang 15-1. Kemaraan Batu Pahat tidak berjaya disekat apabila menewaskan Johor Bharu 11-1 dan mengalahkan Pasir Gudang 6-3 untuk mara ke final.
       

        Perlawanan akhir ini mengulangi pertemuan final tahun lepas yang menemukan Batu Pahat dengan Kulai.

SEMERAH TERUS MENYERLAH DI PERSADA

            Misi SMK Semerah direalisasikan apabila mengekalkan kejuaraan dalam Pertandingan Sofbol Bawah 18 Tahun MSSD Batu Paha t.  Per...