PITCHING


        Bagaimana kita nak melakukan pitching yang baik, laju dan tepat sehingga mengelirukan pihak pemukul. Berikut adalah cara melakukan pitching :-
Pitcher  merupakan tulang belakang kepada sesuatu pasukan.  Kejayaan sesuatu pasukan adalah bergantung kepada prestasi pitcher daripada mula hinggalah berakhirnya sesuatu perlawanan.  Oleh sebab itu, pasukan yang mempunyai pitcher yang baik dan handal dengan sokongan padu daripada pemain-pemain lain sudah tentu mempunyai peluang yang lebih untuk menang.
Oleh sebab yang demikian, pitcher hendaklah sentiasa menumpukan sepenuh perhatiannya terhadap permainan serta mengambil masa yang lebih dalam melakukan latihan pitching serta bersungguh-sungguh pada setiap sesi latihan.

GAYA PITCHING
Terdapat dua gaya pitching iaitu:
1.       Gaya Ayunan (Slingshot).
2.       Gaya Kipas angin (Windmill).
 Gaya Kipas Angin (Windmill) adalah satu gaya yang biasa digunakan oleh kebanyakan pitcher.  Gaya ini lebih pantas kerana momentum terbentuk daripada lakaran yang lebih besar.

CARA MELAKUKAN PITCHING

1.    Gaya Ayunan (Slingshot).
        Cara gaya ini hampir sama dengan cara gaya kipas angin.  Perbezaan yang wujud hanyalah dalam bentuk ayunan tangan.  Gerakan badan selepas tangan dihayun adalah sama dengan cara gaya kipas angin (Windmill).
-Berdiri dengan betul dan luruskan tangan yang memegang bola.
-Tarik tangan yang memegang bola ke belakang sehingga melepasi paras bahu sambil melentikkan pergelangan tangan.
-Langkah kaki kiri selangkah ke hadapan dan tarik kaki kanan sambil melakukan ayunan tangan yang memegang bola.  Kepirkan bola semasa melintasi sisi peha.

2.    Gaya Kipas Angin (Windmill).
-Sebelum melakukan pitching, pitcher dikehendaki mengasingkan tangan yang memegang bola dengan sarung tangan (glove) sebelum memasukkan bola ke dalam sarung tangan.
-Kedua-dua belah kaki pitcher hendaklah memijak plet sambil membongkokkan sedikit badannya.
-Langkah kaki kiri ke hadapan sambil menarik tangan yang memegang bola ke atas supaya dapat membuat satu bulatan besar.
-Semasa tangan berada di atas, ia hendaklah dibengkokkan sambil memusingkan badan ke kanan sedikit.
-Teruskan ayunan dan apabila tangan yang memegang bola melalui sisi peha pitcher hendaklah melepaskan bola tersebut.  Pada masa yang sama, pusingkan semula badan ke kanan.

Berikut adalah beberapa versi pitching dalam sofbol :

1. Change-up  

2. Drop Ball 

3. Rise Ball 

4. Screw Ball

5. Rise, Drop & Curve Ball

The Rise, Drop and Curve Ball

6. Drive Ball 

SEMERAH TERUS MENYERLAH DI PERSADA

            Misi SMK Semerah direalisasikan apabila mengekalkan kejuaraan dalam Pertandingan Sofbol Bawah 18 Tahun MSSD Batu Paha t.  Per...