01 March, 2020

SEMERAH TERUS MENYERLAH DI PERSADA


            Misi SMK Semerah direalisasikan apabila mengekalkan kejuaraan dalam Pertandingan Sofbol Bawah 18 Tahun MSSD Batu Pahat.  Pertandingan yang diadakan di SMK Datuk Menteri ini melibatkan 8 pasukan lelaki dan 8 pasukan perempuan. 
          Pasukan Semerah memulakan langkah dengan menang mudah dalam perlawanan peringkat kumpulan dengan menewaskan SMK Yong Peng, SMK Tun Ismail dan SMK Seri Medan. Pada tahun ini, Nur Ashikin Shahrul bertindak selaku kapten dengan barisan jurulatih yang dipimpin oleh Tn Hj Hashim bersama Coach Musa, En Ahmad Hamizan, Cik Hasralda dan En Iddi Muhaimin serta dibantu oleh Pn Aryanti, Pn Hafizah dan Pn Noor Suhaidah
         Berlatih sejak cuti hujung persekolahan 2019 dengan misi mengekalkan kejuaraan.  Glove baru untuk semua pemain dan 2 bat baru pada tahun ini memberikan semangat luar biasa kepada para pemain.
          Beberapa siri perlawanan persahabatan diadakan untuk memantapkan pasukan. Antaranya menentang SMK Pekan Baru dan SMK Seri Menanti serta menyertai pertandingan 4 penjuru di SMK Seri Medan. Tidak ketinggalan juga mengikuti Pertandingan Jemputan Antara Sekolah-Sekolah Johor yang diadakan di Kolej Vokasional Batu Pahat.
 Dalam pada itu, pada peringkat separuh akhir, Semerah menumbangkan SMK Tunku Mahmood Iskandar. Perlawanan final menemukan musuh tradisi iaitu SMK Semerah dan SMK Temenggung Ibrahim (TIGS). Tn Hj Shidan Ramli, Pengetua SMK Semerah dan En Selamat Maeraj, GPK Kokurikulum telah datang menyuntik semangat kepada para pemain.
Perlawanan yang getir itu menyebabkan perlawanan diheret sehingga ke tie break. Namun, akhirnya kemenangan tetap berpihak kepada SMK Semerah dengan menumpaskan TIGS 3-2. Kejayaan mengekalkan kejuaraan ini adalah kejuaraan ke-4 dalam masa 6 tahun. SMK Semerah menungguli johan pada tahun 2015, 2016 dan 2019, manakala pada tahun 2017 dan 2018 SMK Semerah sekadar menduduki tempat ke-3. 
Tahniah kepada pasukan sofbol Semerah. Penat lelah akhirnya menobatkan Semerah sebagai juara sofbol daerah Batu Pahat pada tahun 2020. Moga tahun depan Semerah beroleh hattrick pula !
           







SEMERAH TERUS MENYERLAH DI PERSADA

            Misi SMK Semerah direalisasikan apabila mengekalkan kejuaraan dalam Pertandingan Sofbol Bawah 18 Tahun MSSD Batu Paha t.  Per...