09 August, 2017

AISYAH ADILA WAKILI JDT KE MSSM 2017

Aishah Adila menjadi wakil tunggal SMK Semerah yang mewakili negeri Johor Darul Takzim (JDT) ke Kejohanan Sofbol MSSM Tahun 2017 dari 6-11 Ogos 2017 di Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Adila menjadi pemain ketiga yang telah berjaya sampai ke peringkat kebangsaan.  Sebelum ini, Noor Amelia Rasidin dan Nurul Ashikin Shahrul pernah mewakili JDT dalam peringkat kebangsaan. Namun kedua-dua pemain tersebut tidak terpilih pada tahun ini.

          Setelah cemerlang membantu Batu Pahat ke peringkat negeri selama 3 tahun, akhirnya beliau terpilih pada tahun ini untuk mewakili JDT ke peringkat kebangsaan. Semoga sinar dan bakat Adila akan terus menyerlah dalam arena sofbol pada masa yang akan datang. 

Aishah Adila di depan sekali

SEMERAH TERUS MENYERLAH DI PERSADA

            Misi SMK Semerah direalisasikan apabila mengekalkan kejuaraan dalam Pertandingan Sofbol Bawah 18 Tahun MSSD Batu Paha t.  Per...