02 April, 2011

PERJUMPAAN KE-3 : SCORING


Tarikh             :       30 Mac 2011
Hari                 :       Rabu
Masa                :       1.10 – 1.50 petang
Tempat            :       Makmal Sains

        Scoring ialah mencatat pergerakan para pemain pasukan kita dan pasukan lawan. Daripada lembaran catatan (score sheet) kita boleh mengetahui dan membuat analisis permainan.
Justeru itu, perjumpaan pada kali ini bertujuan  mendedahkan kepada para ahli akan cara mengisi score sheet yang asas. Mencatatnya boleh dikatakan mudah, cuma kita mesti tahun beberapa asas kepengadilan. Pada sesi ini, Cik Hasralda bt  Abu Hassn memberi taklimat mengenai score sheet. Penerangan beliau jelas dan tersusun. Penerangan beliau agak laju kerana sebahagian besar para ahli mempunyai pengetahuan sedia ada kerana  penerangan mengenai scoring telah dijelaskan oleh Pn Noor Nazira bt Maliki dan En Hashim bin A. Ghani pada tahun 2009. Mungkin kepada ahli baru agak lambat sikit memahaminya.
Harapan kelab agar semua ahli dapat memahami dan mengaplikasikannya dalam praktikal nanti.

No comments:

Post a Comment

SEMERAH TERUS MENYERLAH DI PERSADA

            Misi SMK Semerah direalisasikan apabila mengekalkan kejuaraan dalam Pertandingan Sofbol Bawah 18 Tahun MSSD Batu Paha t.  Per...