17 April, 2011

LATIHAN SOFBOL 3 : COMBINATION OF TEAM


Tarikh              :       12 – 14 April 2011
Hari                  :       Selasa - Khamis
Masa                 :       3.30 – 6.00 petang
Kehadiran        :       1.     En Hashim bin A. Ghani
                                 2.     Cik Hasralda bt Abu Hassn

Team yang berjaya memerlukan kombinasi yang baik antara para pemain. Antara kombinasi yang diperlukan ialah komunikasi, keserasian, kepercayaan dan ketepatan. Latihan pada sesi ini untuk memantapkan kombinasi pasukan agar para pemain tahu akan peranan mereka ketika di dalam padang mahupun di luar padang.
Antara yang amat ditekankan ialah memanggil nama pemain atau posisi apabila ingin membaling bola. Tujuannya agar mereka alert atau bersedia untuk menghadapai situasi tersebut. Walaupun mereka telah lama bermain tetapi kadang-kadang berlaku kesilapan dalam permainan. Justeru itu, aspek kombinasi ini amat penting khususnya mewujudkan keserasian antara para pemain. Coach tidak perlu menjerit-jerit untuk memanggil pemain, mereka seharusnya tahu akan peranan dalam situasi yang berlaku. Coach hanya akan memberitahu hal-hal yang penting sahaja.
Mudah-mudahan dalam fasa ini, para pemain dapat menyerap latihan agar mekanisme ini boleh diaplikasikan dalam pertandingan.


No comments:

Post a Comment

SEMERAH TERUS MENYERLAH DI PERSADA

            Misi SMK Semerah direalisasikan apabila mengekalkan kejuaraan dalam Pertandingan Sofbol Bawah 18 Tahun MSSD Batu Paha t.  Per...