09 April, 2011

LATIHAN SOFBOL 2 : PITCHING AND FIELDING


Tarikh              :       5 – 8 April
Hari                  :       Selasa - Khamis
Masa                :       3.30 – 6.00 petang
Kehadiran        :       1.     En Hashim bin A. Ghani
                                 2.     Cik Hasralda bt Abu Hassn

         Fasa kedua dijalankan pada sebelah petang sahaja, sama seperti fasa pertama. Itupun setelah mereka tamat sesi kelas tambahan kerana ada para pemain yang berada di Tingkatan Tiga.
        Tumpuan pada sesi latihan pada kali ini ialah aspek pitching dan fielding (memadang). Pitcher ialah Umu Haziqah bt Abu Bakar, Norshafika bt Adnan dan Nur Hafizah bt Hassan. Pitcher adalah individu utama dalam sofbol. Pitcher yang baik akan mudah menghasilkan bola yang baik dan pitch yang tepat dan berkesan. Tanpa pitcher yang baik adalah sukar untuk pasukan itu berjaya.
        Aspek fielding (memadang) untuk menwujudkan kerjasama dengan rakan-rakan dalam padang. Tumpuan utama ialah play first (hantaran bola pada bes pertama). Inilah yang amat penting dalam permainan sofbol.Kemudian barulah beralih kepada balingan ke bes-bes yang lain. Fielding yang baik akan menunjukkan kemantapan dan keserasian team.
        Semoga para pemain berjaya dalam latihan untuk fasa ini.

No comments:

Post a Comment

SEMERAH TERUS MENYERLAH DI PERSADA

            Misi SMK Semerah direalisasikan apabila mengekalkan kejuaraan dalam Pertandingan Sofbol Bawah 18 Tahun MSSD Batu Paha t.  Per...