11 March, 2018

SYABAS SRIKANDI SEMERAH MENGHARUMKAN SOFBOL DI MSS JOHOR

3 trio srikandi SMK Semerah yang menjadi nadi pasukan sofbol Batu Pahat akhirnya berjaya menobatkan pasukan Batu Pahat sebagai johan kategori Perempuan 18 Tahun. Aisyah Adila bt SabiranNur Ashikin bt Shahrul dan Siti Nuradlena Natasya bt Asri berjaya membantu pasukan Batu Pahat memecahkan kekebalan juara bertahan Kulai10 tahun menunggu sejak 2009. Tahun 2011 hanya merangkul naib johan. Tahun 2016 hanya menduduki tempat ketiga manakala tahun lepas kecundang dengan Kulai. Akhirnya tahun 2018 pasukan sofbol Perempuan 18Batu Pahat menjaya membalas dendam dengan membenam pasukan Kulai 7-3 dalam perlawanan akhir yang mendebarkan. Aksi dramatik kedua-dua pasukan yang disaksikan oleh sebahagian penyokong tuan rumah menggamatkan suasana perlawanan akhir sehingga menenggelamkan kehangatan perlawanan akhir kategori Lelaki 18 Tahun yang juga berlangsung hanya bersebelahan sahaja.


Sementara itu, kontinjen Batu Pahat diketuai oleh Tn Hj Hashim A. Ghani dengan dibantu oleh 15 pegawai telah membawa 52 orang pemain dalam 4 kategori. Dengan slogan BP Sinergi, misi menjadi johan keseluruhan menjadi taruhan pada tahun ini. Latihan berkala dijalankan di beberapa lokasi agar keserasian para pemain dan taktikal diterapkan semaksimum yang mungkin. Dalam pada itu, team sofbol Perempuan 18 Tahun Batu Pahat memulakan langkah sumbang apabila dikejutkan dengan kekalahan 1-6 kepada Mersing. Tersentak dengan kekalahan itu, Batu Pahat bangkit dari lamunan dengan menumbangkan Segamat 9-1. Seterusnya membenam Pengerang 15-1. Kemaraan Batu Pahat tidak berjaya disekat apabila menewaskan Johor Bharu 11-1 dan mengalahkan Pasir Gudang 6-3 untuk mara ke final.
       

        Perlawanan akhir ini mengulangi pertemuan final tahun lepas yang menemukan Batu Pahat dengan Kulai.
Aksi final ini amat mendebarkan dengan Batu Pahat mengorak langkah dengan mendahului 4 larian pada inning pertama. Asakan awal ini membuatkan Kulai tersentak lalu menyerang pada inning kedua. Namun kekentalan pemain pemadang (infield) menggagalkan serangan Kulai dan dihukum satu larian lagi menjadikan 5-0 sehingga inning ketiga. Asakan bertubi-tubiKulai membuahkan hasil apabila mereka memperoleh 3 larian pada inning keempat.  Kulai terus cuba mengejar yang sedang ketinggalan 2 larian sehingga mereka terdesak mengubah taktikal dengan lebih banyak memukul arah kiri, namun kecekapan Nur Ashikin yang bermain posisi pemadang ketiga (3rd base) dengan dibantu olehAisyah Adila sebagai pemadang dekat (short stop) menggagalkan serangan bertali arus itu.
  Serang-menyerang ini menggamatkan suasana di padang. Kegarangan Kulai tersekat apabila beberapa pemukul utama Kulaitelah strike out apabila gagal memukul bola yang dipitch oleh pitcher utama Batu Pahat iaitu  Siti Abdah Humaira.
Lantaran itu, team Batu Pahat menghukum kealpaan Kulaidengan memperoleh 2 larian lagi dan seterusnya menamatkan badi kekalahan kepada Kulai dengan larian 7-3.
       Namun demikian, kejayaan merangkul johan kategori Perempuan 18 Tahun masih tidak berupaya untuk membantu Batu Pahat muncul juara keseluruhan apabila tewas 1 mata di belakang Kulai yang memperoleh 27 mata meninggalkan Batu Pahat yang mendapat 26 mata. Johan Lelaki 18 dirangkul oleh daerah KluangJohor Bharumengungguli Perempuan 12 Tahun manakala Kulai menjadi juara Lelaki 12 Tahun.
    Semoga pada tahun depan, pasukan sofbol Batu Pahat akan menjadi johan keseluruhan. Batu Pahat akan bangkit. BP Sinergi ; BP Lead 2019 ! InshaAllah.
Aksi selepas menerima pingat dan sijil kemenangan

Team Lelaki 12 dan Perempuan 12 menduduki tempat ke-4

No comments:

Post a Comment

SEMERAH TERUS MENYERLAH DI PERSADA

            Misi SMK Semerah direalisasikan apabila mengekalkan kejuaraan dalam Pertandingan Sofbol Bawah 18 Tahun MSSD Batu Paha t.  Per...