19 February, 2018

UNGGUL DI TEMPAT KE-3 ; MENGULANGI PECAPAIAN TAHUN 2018


Sekali tersungkur, amat sukar untuk bangkit. Langkah disusun agar boleh terus berlari. Namun sudah terlewat untuk mengejar. Begitulah yang berlaku pada pasukan sofbol SMK Semerah apabila menduduki tempat ke-3 dalam Pertandingan Sofbol Bawah 18 Tahun MSSD Batu Pahat. Pertandingan yang diadakan di Kolej Vokasional Batu Pahat pada 12 – 14 Februari 2018 ini melibatkan 8 pasukan lelaki dan 10 pasukan perempuan.
          Dengan latihan berterusan tanpa henti sejak mula tahun baru 2018 dan latihan berkala bermula bulan Disember tahun lepas, pasukan sofbol SMK Semerah yang diterajui oleh Tn Hj Hashim bin A. Ghani dan dibantu oleh En Hafiz Hilmi, En Iddi Muhaimin, En Musa serta diurus selia oleh Cik Hasralda bt Abu Hassn dan En Ahmad Hamizan bin Mohd Khir, memulakan langkah bergaya apabila meratah SMK Dato’ Seth 28-0. Kemudian membenam SMK Tun Aminah 10-0 dan seterusnya menumbangkan SMK Dato’ Sulaiman 14-2.
          Langkah bergaya ini disekat oleh SMK Tunku Mahmood Iskandar (STMI) apabila tewas 0-9. Strategi menyerang Semerah terbantut apabila 4 pemain awal RabiatunAdila, Chempaka dan Adibah telah ‘out’. Ini merencatkan momentum pasukan apabila SMTI menyerang balas dengan 4 larian. Kemudian Semerah cuba mengejar tetapi para pemain seterusnya terkedu apabila tidak mampu memukul bola pitcher pihak lawan. Lantas STMI terus menghukum pemadang Semerah apabila terus mencuri 5 larian pada inning ke-3.
          Lantaran itu, Semerah telah merombak taktikal dengan
meletakkan Asiyah sebagai pitcher dan Elmy sebagai catcher sementara kapten pasukan, Adila kembali ke posisi kegemarannya, 3rd base dan Nur Ashikin bertukar dari catcher ke short stop (SS). Langkah ini bergaya tetapi sudah terlambat untuk mengejar kerana masa sudah suntuk untuk mengejar. Akhirnya Semerah tewas 0-9 di tangan STMI.
          Berikutnya, Semerah bangkit daripada kekalahan dengan melunas dendam tahun lepas apabila membenam SMK Yong Peng 5-0. Kemenangan ke atas Yong Peng membolehkan Semerah menentang semula SMK Dato’ Sulaiman untuk penentuan tempat ke3/4 dan Semerah mengulangi kemenangan ke atas SMK Dato’ Sulaiman dengan 20 larian berbalas 0.
          Sementara itu, final kategori perempuan menemukan johan tahun lepas menentang STMI dengan kemenangan kepada STMI. Manakala kategori lelaki dimenangi oleh SMK Dato’ Seth, naib johan dimenangi oleh Kolej Vokasional, tempat ke-3 dimiliki oleh SMK Dato’ Syed Esa dan SMK Munsyi Sulaiman menduduki tempat ke-4.
          InshaAllah tahun depan pasukan sofbol Semerah akan kembali menyerlah untuk mengulangi kejayaan tahun 2015-2016. Kita cuba. Semerah Terus Menyerlah ; Semerah Ada ; Semerah Di Hati ; Semerah Di Persada.



No comments:

Post a Comment

SEMERAH TERUS MENYERLAH DI PERSADA

            Misi SMK Semerah direalisasikan apabila mengekalkan kejuaraan dalam Pertandingan Sofbol Bawah 18 Tahun MSSD Batu Paha t.  Per...