Aishah Adila menjadi wakil tunggal SMK Semerah
yang mewakili negeri Johor Darul Takzim (JDT)
ke Kejohanan Sofbol MSSM Tahun 2017 dari 6-11 Ogos 2017 di Universiti
Teknologi Malaysia (UTM). Adila menjadi pemain
ketiga yang telah berjaya sampai ke peringkat kebangsaan. Sebelum ini, Noor Amelia Rasidin dan Nurul Ashikin Shahrul pernah mewakili JDT dalam peringkat kebangsaan. Namun kedua-dua pemain tersebut
tidak terpilih pada tahun ini.
Setelah
cemerlang membantu Batu Pahat ke peringkat negeri selama 3 tahun, akhirnya beliau terpilih
pada tahun ini untuk mewakili JDT ke
peringkat kebangsaan. Semoga sinar dan bakat Adila akan terus menyerlah dalam arena sofbol pada masa yang akan datang.
Aishah Adila di depan sekali |