Sekali tersungkur, amat sukar untuk
bangkit. Langkah disusun agar boleh terus berlari. Namun sudah terlewat untuk
mengejar. Begitulah yang berlaku pada pasukan sofbol SMK Semerah apabila menduduki
tempat ke-3 dalam Pertandingan Sofbol Bawah 18 Tahun MSSD Batu Pahat. Pertandingan yang
diadakan di Kolej Vokasional Batu Pahat pada 12 – 14 Februari 2018 ini melibatkan 8 pasukan lelaki dan 10
pasukan perempuan.
Dengan
latihan berterusan tanpa henti sejak mula tahun baru 2018 dan latihan berkala
bermula bulan Disember tahun lepas, pasukan sofbol SMK Semerah yang diterajui
oleh Tn Hj Hashim bin A. Ghani dan dibantu oleh En Hafiz Hilmi, En Iddi Muhaimin, En Musa serta diurus selia
oleh Cik Hasralda bt Abu Hassn dan En Ahmad Hamizan bin Mohd Khir, memulakan langkah
bergaya apabila meratah SMK Dato’ Seth 28-0. Kemudian membenam SMK Tun Aminah 10-0 dan seterusnya menumbangkan SMK Dato’ Sulaiman 14-2.
Langkah
bergaya ini disekat oleh SMK Tunku Mahmood Iskandar (STMI) apabila tewas 0-9. Strategi
menyerang Semerah terbantut apabila 4 pemain awal Rabiatun, Adila, Chempaka dan Adibah telah ‘out’. Ini
merencatkan momentum pasukan apabila SMTI menyerang balas dengan 4 larian.
Kemudian Semerah cuba mengejar tetapi para pemain seterusnya terkedu apabila
tidak mampu memukul bola pitcher pihak lawan. Lantas STMI terus menghukum
pemadang Semerah apabila terus mencuri 5 larian pada inning ke-3.
Lantaran
itu, Semerah telah merombak taktikal dengan