27 March, 2018
11 March, 2018
SYABAS SRIKANDI SEMERAH MENGHARUMKAN SOFBOL DI MSS JOHOR
3 trio srikandi SMK Semerah yang menjadi nadi pasukan sofbol Batu Pahat akhirnya berjaya menobatkan pasukan Batu Pahat sebagai johan kategori Perempuan 18 Tahun. Aisyah Adila bt Sabiran, Nur Ashikin bt Shahrul dan Siti Nuradlena Natasya bt Asri berjaya membantu pasukan Batu Pahat memecahkan kekebalan juara bertahan Kulai. 10 tahun menunggu sejak 2009. Tahun 2011 hanya merangkul naib johan. Tahun 2016 hanya menduduki tempat ketiga manakala tahun lepas kecundang dengan Kulai. Akhirnya tahun 2018 pasukan sofbol Perempuan 18Batu Pahat menjaya membalas dendam dengan membenam pasukan Kulai 7-3 dalam perlawanan akhir yang mendebarkan. Aksi dramatik kedua-dua pasukan yang disaksikan oleh sebahagian penyokong tuan rumah menggamatkan suasana perlawanan akhir sehingga menenggelamkan kehangatan perlawanan akhir kategori Lelaki 18 Tahun yang juga berlangsung hanya bersebelahan sahaja.
Sementara itu, kontinjen Batu Pahat diketuai oleh Tn Hj Hashim A. Ghani dengan dibantu oleh 15 pegawai telah membawa 52 orang pemain dalam 4 kategori. Dengan slogan BP Sinergi, misi menjadi johan keseluruhan menjadi taruhan pada tahun ini. Latihan berkala dijalankan di beberapa lokasi agar keserasian para pemain dan taktikal diterapkan semaksimum yang mungkin. Dalam pada itu, team sofbol Perempuan 18 Tahun Batu Pahat memulakan langkah sumbang apabila dikejutkan dengan kekalahan 1-6 kepada Mersing. Tersentak dengan kekalahan itu, Batu Pahat bangkit dari lamunan dengan menumbangkan Segamat 9-1. Seterusnya membenam Pengerang 15-1. Kemaraan Batu Pahat tidak berjaya disekat apabila menewaskan Johor Bharu 11-1 dan mengalahkan Pasir Gudang 6-3 untuk mara ke final.
Perlawanan akhir ini mengulangi pertemuan final tahun lepas yang menemukan Batu Pahat dengan Kulai.
19 February, 2018
UNGGUL DI TEMPAT KE-3 ; MENGULANGI PECAPAIAN TAHUN 2018
Sekali tersungkur, amat sukar untuk
bangkit. Langkah disusun agar boleh terus berlari. Namun sudah terlewat untuk
mengejar. Begitulah yang berlaku pada pasukan sofbol SMK Semerah apabila menduduki
tempat ke-3 dalam Pertandingan Sofbol Bawah 18 Tahun MSSD Batu Pahat. Pertandingan yang
diadakan di Kolej Vokasional Batu Pahat pada 12 – 14 Februari 2018 ini melibatkan 8 pasukan lelaki dan 10
pasukan perempuan.
Dengan
latihan berterusan tanpa henti sejak mula tahun baru 2018 dan latihan berkala
bermula bulan Disember tahun lepas, pasukan sofbol SMK Semerah yang diterajui
oleh Tn Hj Hashim bin A. Ghani dan dibantu oleh En Hafiz Hilmi, En Iddi Muhaimin, En Musa serta diurus selia
oleh Cik Hasralda bt Abu Hassn dan En Ahmad Hamizan bin Mohd Khir, memulakan langkah
bergaya apabila meratah SMK Dato’ Seth 28-0. Kemudian membenam SMK Tun Aminah 10-0 dan seterusnya menumbangkan SMK Dato’ Sulaiman 14-2.
Langkah
bergaya ini disekat oleh SMK Tunku Mahmood Iskandar (STMI) apabila tewas 0-9. Strategi
menyerang Semerah terbantut apabila 4 pemain awal Rabiatun, Adila, Chempaka dan Adibah telah ‘out’. Ini
merencatkan momentum pasukan apabila SMTI menyerang balas dengan 4 larian.
Kemudian Semerah cuba mengejar tetapi para pemain seterusnya terkedu apabila
tidak mampu memukul bola pitcher pihak lawan. Lantas STMI terus menghukum
pemadang Semerah apabila terus mencuri 5 larian pada inning ke-3.
Lantaran
itu, Semerah telah merombak taktikal dengan
03 February, 2018
SIRI PERLAWANAN PERSAHABATAN
Perlawanan persahabatan penting
sebelum pertandingan dimulakan. Menang atau kalah diketepikan. Strategi dan
kombinasi dicuba atur oleh pasukan yang berlawan untuk mengisi ruang-ruang
kosong yang boleh diperbaiki.
Sehubungan
itu, pasukan sofbol SMK Semerah telah mengaturkan
beberapa perlawanan persahabatan. Dalam siri perlawanan pertama, Semerah menentang SMK Seri Medan di padang lawan.
Kemenangan 15-0 ke atas Seri Medan tidak menunjukkan
aksi sebenar kerana perlawanan berat sebelah.
Manakala
perlawanan persahabatan kedua antara Semerah menentang SMK Pekan Baru juga
dimenangi oleh Semerah 12-7, dalam aksi yang hebat. Pengetua
pun turut turun sama memberi sokongan. Namun dalam perlawanan ketiga, Semerah tewas mengejut 7-14 kepada juara bertahan SMK (P) Temenggung Ibrahim.
Moga
perlawanan persahabatan ini mampu meningkatakan agar Semerah terus mengungguli persada sofbol.
Teruskan Semerah, terus menyerlah di persada.
06 December, 2017
ADILA UNGGUL BANTU JDT JUARA SOFBOL BAWAH 16 TAHUN
Aisyah Adila Sabiran yang mewakili JDT C telah berjaya membantu
team JDT C menjadi johan
dalam Kejohanan Sofbol Bawah 16 Tahun
Kebangsaan 2017. Kejohanan yang dijalankan di Kolej Vokasional Batu Pahat pada 27-30 November telah disertai oleh
12 pasukan lelaki dan 13 pasukan perempuan.
Kemenangan
Aisyah Adila ini adalah kejayaan
kedua beliau setelah membantu JDT merangkul naib johan semasa Kejohanan Sofbol MSSM pada bulan Mei
yang lepas. Pada tahun lepas, Adila tidak berkesempatan mewakili Johor namun tempatnya
disandang oleh rakannya, Nor Asyikin Shahrul yang membantu Johor menjadi naib johan
kategori bawah 16 tahun.
Dalam pada itu, pasukan
JDT C yang diwakili oleh
sebahagian besarnya daripada pemain-pemain Batu Pahat, Mersing dan Johor Bahru
memulakan langkah sumbang apabila tewas dengan Selangor 0-4. Namun mereka bangkit apabila membelasah Johor B 16-0. Kemudian
meneruskan amukan dengan membenam Pulau Pinang, MSS Selangor dan menumbangkan Pahang pada semi final.
Sementara
itu, dalam perlawanan final, JDT C telah menentang semula Selangor. Pada 3 inning awal, kedua-dua gagal memperoleh larian. Pada
inning ke-4, barulah kedua-dua pasukan menemui rentak namun Selangor mendahului 2-1 sehingga inning ke-6. Oleh itu,
pada inning terakhir, JDT C telah mengubah
taktikal lalu berjaya mendapat 2 larian seterusnya menamatkan perlawanan dengan
3-2 dalam perlawanan yang cukup dramatik.
Kejayaan
ini membaiki keputusan tahun lepas yang Johor hanya memperoleh naib johan.
Semoga kejayaan ini akan diteruskan pada masa-masa yang akan datang dan
harapan sofbol Semerah terus menyerlah
Subscribe to:
Posts (Atom)
SEMERAH TERUS MENYERLAH DI PERSADA
Misi SMK Semerah direalisasikan apabila mengekalkan kejuaraan dalam Pertandingan Sofbol Bawah 18 Tahun MSSD Batu Paha t. Per...
-
Tarikh : 7 Sept 2011 Hari : Rabu Masa : ...
-
Tarikh : 18 – 22 April Hari : Isnin - Jumaat Masa : ...
-
Misi SMK Semerah direalisasikan apabila mengekalkan kejuaraan dalam Pertandingan Sofbol Bawah 18 Tahun MSSD Batu Paha t. Per...






