17 July, 2017

3 SRIKANDI SEMERAH BERAKSI DI FINAL PEREMPUAN 18 TAHUN

Team Perempuan 18 Tahun Batu Pahat : Naib Johan

Kontijen sofbol Batu Pahat meraih keputusan memberangsangkan dalam Kejohanan Sofbol MSS Johor. Kejohanan tersebut telah diadakan pada 6-8 Julai di Johor Bahru.
Kontijen Batu Pahat diketuai oleh Tn Hj Hashim A. Ghani telah dibantu oleh 15 orang pegawai dan disertai oleh 52 orang pemain dengan penyertaan semua kategori.
Pasukan sofbol Perempuan 18 Tahun (P18) yang diketuai oleh Noor Amylia Rasidin sebagai kapten pasukan telah bermula garang apabila menewaskan Segamat 12-4 dan Tangkak 3-2 pada hari pertama. Walaupun tewas mengejut kepada Mersing 7-10, namun team P18 Batu Pahat telah pun layak ke peringkat seterusnya.
Pada peringkat suku akhir, Batu Pahat telah menumbangkan musuh seteru Pasir Gudang 5-1 dan seterusnya menang bergaya dengan membelasah Kota Tinggi 19-0. Namun demikian, kemaraan team P18 Batu Pahat telah disekat oleh daerah Kulai dalam perlawanan akhir.
Dalam perlawanan akhir tersebut,

09 July, 2017

MENUNGGU 7 TAHUN UNTUK BERAKSI DI FINAL


Team Perempuan 18 pada tahun 2010 








Team Batu Pahat lawan Kulai pada perlawanan akhir kategori P18 pada tahun 2017







25 April, 2017

TERIMA KASIH ATAS SUMBANGAN


Tunggak sofbol SMK Semerah ; Berdiri dari kiri, Azlina, Suhaily, Maisarah, Amelia, Ain Farhana dan Syaza. Turut serta ialah En Iddi Muhaimin
Pasukan sofbol SMK Semerah akan kehilangan 6 orang tunggak pasukan apabila tamat pengajian di SMK Semerah. Mereka ialah Nurul Amelia Rasidin, Ain Farhana, Azlina, Maisarah, Syaza dan Suhaily. Telah 5 tahun bersama dengan sofbol. Apapun tahniah kepada para pemain. Sementara itu, Amelia telah 2 kali mewakili negeri Johor ke MSSM.  Team Semerah telah 2 kali johan dan sekali tempat ke-3. Anda semua hebat !

HASRAT HATTRIK MENJADI TEMPAT KE-3


 Impian SMK Semerah untuk mencipta hatrik johan sofbol daerah Batu Pahat tersekat apabila hanya menduduki tempat ketiga. Setelah dua tahun berturut-turut, 2015 dan 2016 menjadi johan, kemaraan Semerah tersekat di separuh akhir apabila tewas tipis 2-3 kepada SMK Yong Peng dalam perlawanan yang mendebarkan.
Kontijen sofbol SMK Semerah diketuai oleh Tn Hj Hashim A. Ghani sebagai Ketua Jurulatih telah dibantu En Hilmi Hafiz (Fitness Coach), En Yaser Warif (Pitching/Catching Coach), En Musa (Fielding Coach) dan En Iddi Muhaimin (Bating Coach). Pengurus pasukan ialah Cik Hasralda Abu Hassn. Lilitan kapten pasukan diamanahkan kepada Nurul Amelia Rasidin. Pertandingan ini telah dijalankan di SMK Tunku Putra

08 August, 2016

MENERUSKAN KEHEBATAN : SEMERAH JUARA LAGI

Juara Sofbol Perempuan Bawah 18 Tahun


Finalis 2016 antara SMK Semerah dan SMK (P) Temenggung Ibrahim

Ketua Pasukan, Amelia sedang menerima pingat dan sijil oleh En Hairul, Penyelia Kanan Sukan PPD Batu Pahat

Majlis penutupan dan penyampaian pingat

Coach Tn Hj Hashim dan En Yaser sedang mengatur strategi 


Aksi dalam salah satu perlawanan
           Alhamdulilah sekali lagi SMK Semerah telah dinobatkan merangkul kejuaraan sofbol Batu Pahat bagi tahun 2016. Pertandingan yang diadakan pada 20-21 Julai ini disertai oleh 8 pasukan untuk kategori perempuan manakala 6 pasukan lelaki bertanding untuk kategori lelaki yang diadakan pada 19 Julai. Pada tahun ini pertandingan dianjurkan oleh SMK Dato’ Sulaiman.
          SMK Semerah memulakan langkah awal dengan menewaskan tuan rumah 12-2. Kemudian menewaskan SMK Tunku Mahmood Iskandar 11-4 seterusnya membenam naib juara tahun lepas SMK Senggarang 14-3 untuk ke peringkat separuh akhir. Laluan berikutnya SMK Semerah menumbangkan naib juara tahun lepas, SMK Dato’ Seth 12-4.
          SMK Semerah yang dilatih oleh Tn Hj Hashim A. Ghani dan Cik Hasralda Abu Hassn serta diurus oleh En Ahmad Hamizan dan Pn Wahidah Wahab bermula  garang pada perlawanan akhir menentang SMK (P) Temenggung Ibrahim dengan memperoleh 7 larian pada inning pertama. Pasukan TIGS mengejar rapat 2 larian. Pada inning kedua Semerah terus menjarakkan larian dengan mendapat 2 lagi larian namun terus dihambat TIGS yang memperoleh 3 larian. Akhirnya, pada inning ketiga Semerah terus mengukuhkan kedudukan dengan menukarkan Amelia menggantikan Aisyah sebagai pitcher dan seterusnya menamatkan perlawanan dengan 9 larian berbalas 5.
          Inilah kejuaraan kali kedua berturut. Kejuaraan ini amat bererti kepada Semerah yang menyasarkan kejuaraan kali ketiga pada tahun depan iaitu dalam usaha mendominasi arena sofbol bagi daerah Batu Pahat. Tahniah kepada SMK Semerah. Anda hebat! 

SEMERAH TERUS MENYERLAH DI PERSADA

            Misi SMK Semerah direalisasikan apabila mengekalkan kejuaraan dalam Pertandingan Sofbol Bawah 18 Tahun MSSD Batu Paha t.  Per...