27 April, 2019

KAMI JUARA LAGI

          
Setelah 2 tahun menduduki tempat ke-3, pasukan perempuan sofbol SMK Semerah kembali mengungguli pentas final pada tahun ini 2019 apabila membenam Kolej Vokasional Batu Pahat 16-0. Ini adalah pencapaian johan buat kali ketiga dalam masa 5 tahun selepas merangkul johan berturut-turut pada tahun 2015 dan 2016. Pertandingan yang diadakan pada 22-24 April 2019 di Kolej Vokasional Batu Pahat melibatkan 8 pasukan lelaki dan 10 pasukan perempuan.

          Pasukan sofbol SMK Semerah diketuai oleh Tn Hj Hashim sebagai Ketua Jurulatih dengan dibantu oleh En Hafiz Hilmi (fitness coach) dan En Iddi Muhaimin (bating coach) serta diperkuat oleh En Musa (fielding coach) dan En Johari Andasir (pitcher coach) manakala En Ahmad Hamizan dan Cik Hasralda membantu hal pengurusan, logistik dan kebajikan team.

Team Semerah bermula garang apabila membelasah SMK Dato’ Seth 17-0, seterusnya menewaskan SMK Yong Peng 16-0. Kemaraan Semerah tidak berjaya disekat  oleh Kolej Vokasional apabila menang18 larian berbalas 3 seterusnya menjuarai Kumpulan F.
          Dalam pada itu, undian yang tidak menyebelahi Semerah apabila diundi bersama finalis 2018, SMK (P) Temenggung Ibrahim (TIGS) dan pasukan yang sedang meningkat naik iaitu SMK Seri Medan. Sungguhpun demikian, Semerah tidak gentar apabila menang tipis ke atas TIGS dalam aksi yang mendebarkan. Inilah final yang sebenarnya ! Buku bertemu ruas. Pada perlawanan yang mendebarkan itu, Rabiatun memperolehi larian untuk menyamakan 1-1 sehingga inning ke-3. Namun pada inning ke-4, Semerah memperolehi 2 larian menerusi Aisyah Adibah yang menggantikan Elmy Nuraini dan Nurul Syazwani yang berjaya memukul bola sehingga ke padang luar (out field).
          Tersentak dengan asakan itu, TIGS menggandakan serangan apabila berjaya meletakkan 3 pelari (runner) dalam padang (diamond). Nurin Afiqah yang menggantikan pitcher utama, Nuradlena berjaya menggagalkan serangan TIGS apabila pemadang Semerah yang diketuai oleh Pelajar Ikon Sukan Semerah, Aisyah Adila dengan dibantu oleh Nur Asikin berjaya mematikan 3 pemukul dan pelari TIGS dan keputusan berakhir Semerah menang 3-2.
         
Kemaraan Semerah tidak dapat disekat lagi apabila menumbangkan SMK Seri Medan 16-0 untuk melangkah ke final kategori perempuan untuk bertemu semula dengan Kolej Vokasional. Dalam aksi final yang berat sebelah, sekali lagi Semerah membelasah Kolej Vokasional 16-0. Dengan itu gawang Semerah hanya 5 kali dibolosi pihak lawan sepanjang pertandingan berlangsung. Tahniah SMK Semerah.
          Dalam pada itu, kategori lelaki diungguli oleh SMK Dato Syed Esa yang menewaskan SMK Dato’ Seth 5-2 dalam aksi final. Kolej Vokasional menduduki tempat ke-3 manakala SMK Munsyi Sulaiman hanya memperoleh tempat ke-4. Sementara itu, bagi kategori perempuan, tempat ke-3 dimenangi oleh SMK (P) Temenggung Ibrahim dan SMK Tunku Mahmood Iskandar sekadar menduduki tempat ke-4.

          Kejayaan SMK Semerah dalam arena sofbol amat memberangsangkan yang merupakan hasil titik peluh dan keringat para pemain yang diselia latih oleh barisan jurulatih  yang berdedikasi dan tabah. Syabas dan tahniah. Semerah menyerlah di persada. 



02 December, 2018

ADILA DAN SHIKIN KEMUDI JDT RANGKUL SOFBOL BAWAH 16 KEBANGSAAN 2018


Walaupun bertubuh kecil namun tidak menjadi  masalah besar kepada dua wakil SMK Semerah iaitu Aisyah Adila bt Sabiran dan Nur Ashikin bt Sahrul yang telah memainkan peranan besar kepada  pasukan sofbol perempuan Johor Darul Takzim (JDT) sehingga berjaya mengekalkan kejuaraan dalam Kejohanan Sofbol Bawah 16 Tahun MSSM yang diadakan di Kolej Vokasional Batu Pahat dari 25 – 27 November 2018.
Aisyah Adila yang bertindak sebagai kapten pasukan telah bermain dalam posisi 3rd base manakala Nur Ashikin pula memenuhi out field (pemadang luar). JDT memulakan langkah bergaya apabila menang selesa ke atas Selangor C 10-2 dan membenam Perak 22-0 untuk melangkah ke suku akhir.  Seterusnya menewaskan satu lagi rakan pasukan negeri iaitu Johor A 12-8 untuk mara ke separuh akhir.
Pada peringkat separuh akhir, ada tentangan awal pasukan Selangor A ke atas JDT namun JDT berjaya mengekang tentangan hebat sehingga berjaya memenangi perlawanan tersebut 9-2 untuk mara ke perlawanan akhir. Akhirnya buku bertemu ruas apabila perlawanan akhir menemukan Harimau Selatan dengan team Tok Gajah. 
Perlawanan akhir dijalankan sebanyak 7 inning.  Kedua-dua pasukan saling tidak memberikan larian sehinggalah pada inning ketiga barulah JDT memperoleh 3 larian. Pasukan Pahang terus mengasak JDT dengan pukulan-pukulan yang disasarkan ke out field namun kecekapan para pemain pemadang luar JDT yang diketuai oleh Nur Ashikin telah menggagalkan asakan tersebut. Kealpaan Pahang mengasak akhirnya dihukum apabila JDT memperolehi 3 larian lagi pada 2 inning terakhir. Pahang yang semakin terdesak terus mencuba untuk menafikan kemenangan JDT pada saat akhir dan akhirnya Pahang berjaya juga memperoleh 2 larian. Namun Pahang tidak kesampaian untuk menyekat JDT. Pelari terakhir Pahang yang cuba mendapatkan larian ke home telah ditag (disentuh) oleh Aisyah Adila dan perlawanan akhir berakhir dengan keputusan 6-2. Dengann itu, JDT pun dinobatkan sebagai johan sofbol kategori perempuan pada tahun ini iaitu johan buat kali kedua-dua berturut dalam 3 penampilan di perlawanan akhir.

Tahniah kepada JDT serta Aisyah Adila dan Nur Ashikin. Sementara itu, kategori lelaki dimenangi oleh pasukan Pahang yang menewaskan Selangor 4-3 dalam perlawanan akhir.  Syabas kepada pasukan-pasukan yang bertanding yang telah menunjukkan kualiti permainan yang cemerlang.



11 March, 2018

SYABAS SRIKANDI SEMERAH MENGHARUMKAN SOFBOL DI MSS JOHOR

3 trio srikandi SMK Semerah yang menjadi nadi pasukan sofbol Batu Pahat akhirnya berjaya menobatkan pasukan Batu Pahat sebagai johan kategori Perempuan 18 Tahun. Aisyah Adila bt Sabiran, Nur Ashikin bt Shahrul dan Siti Nuradlena Natasya bt Asri berjaya membantu pasukan Batu Pahat memecahkan kekebalan juara bertahan Kulai. 10 tahun menunggu sejak 2009. Tahun 2011 hanya merangkul naib johan. Tahun 2016 hanya menduduki tempat ketiga manakala tahun lepas kecundang dengan Kulai. Akhirnya tahun 2018 pasukan sofbol Perempuan 18Batu Pahat menjaya membalas dendam dengan membenam pasukan Kulai 7-3 dalam perlawanan akhir yang mendebarkan. Aksi dramatik kedua-dua pasukan yang disaksikan oleh sebahagian penyokong tuan rumah menggamatkan suasana perlawanan akhir sehingga menenggelamkan kehangatan perlawanan akhir kategori Lelaki 18 Tahun yang juga berlangsung hanya bersebelahan sahaja.


Sementara itu, kontinjen Batu Pahat diketuai oleh Tn Hj Hashim A. Ghani dengan dibantu oleh 15 pegawai telah membawa 52 orang pemain dalam 4 kategori. Dengan slogan BP Sinergi, misi menjadi johan keseluruhan menjadi taruhan pada tahun ini. Latihan berkala dijalankan di beberapa lokasi agar keserasian para pemain dan taktikal diterapkan semaksimum yang mungkin. Dalam pada itu, team sofbol Perempuan 18 Tahun Batu Pahat memulakan langkah sumbang apabila dikejutkan dengan kekalahan 1-6 kepada Mersing. Tersentak dengan kekalahan itu, Batu Pahat bangkit dari lamunan dengan menumbangkan Segamat 9-1. Seterusnya membenam Pengerang 15-1. Kemaraan Batu Pahat tidak berjaya disekat apabila menewaskan Johor Bharu 11-1 dan mengalahkan Pasir Gudang 6-3 untuk mara ke final.
       

        Perlawanan akhir ini mengulangi pertemuan final tahun lepas yang menemukan Batu Pahat dengan Kulai.

SEMERAH TERUS MENYERLAH DI PERSADA

            Misi SMK Semerah direalisasikan apabila mengekalkan kejuaraan dalam Pertandingan Sofbol Bawah 18 Tahun MSSD Batu Paha t.  Per...