01 May, 2019

THROWBACK PENCAPAIAN SOFBOL SEMERAH

                                        Fasa 1 : 2008 - 2012        
                                2008  - Peringkat kumpulan
                                2009  - Ke-4
                                2010  - Ke-3
                                2011  - NAIB JOHAN
                                2012  - Peringkat kumpulan

                                       Fasa 2 (2013 - 2017)
                                2013  -  Peringkat kumpulan
                                2014  -  Tidak sertai
                                2015  - JOHAN
                                2016  - JOHAN
                                2017  - Ke-3
                                   Fasa 3 (2018 - 2022)
                              2018  - Ke-3
                              2019  - JOHAN
                              2020  -
                              2021  -
                              2022  -


27 April, 2019

KAMI JUARA LAGI

          
Setelah 2 tahun menduduki tempat ke-3, pasukan perempuan sofbol SMK Semerah kembali mengungguli pentas final pada tahun ini 2019 apabila membenam Kolej Vokasional Batu Pahat 16-0. Ini adalah pencapaian johan buat kali ketiga dalam masa 5 tahun selepas merangkul johan berturut-turut pada tahun 2015 dan 2016. Pertandingan yang diadakan pada 22-24 April 2019 di Kolej Vokasional Batu Pahat melibatkan 8 pasukan lelaki dan 10 pasukan perempuan.

          Pasukan sofbol SMK Semerah diketuai oleh Tn Hj Hashim sebagai Ketua Jurulatih dengan dibantu oleh En Hafiz Hilmi (fitness coach) dan En Iddi Muhaimin (bating coach) serta diperkuat oleh En Musa (fielding coach) dan En Johari Andasir (pitcher coach) manakala En Ahmad Hamizan dan Cik Hasralda membantu hal pengurusan, logistik dan kebajikan team.

Team Semerah bermula garang apabila membelasah SMK Dato’ Seth 17-0, seterusnya menewaskan SMK Yong Peng 16-0. Kemaraan Semerah tidak berjaya disekat  oleh Kolej Vokasional apabila menang18 larian berbalas 3 seterusnya menjuarai Kumpulan F.
          Dalam pada itu, undian yang tidak menyebelahi Semerah apabila diundi bersama finalis 2018, SMK (P) Temenggung Ibrahim (TIGS) dan pasukan yang sedang meningkat naik iaitu SMK Seri Medan. Sungguhpun demikian, Semerah tidak gentar apabila menang tipis ke atas TIGS dalam aksi yang mendebarkan. Inilah final yang sebenarnya ! Buku bertemu ruas. Pada perlawanan yang mendebarkan itu, Rabiatun memperolehi larian untuk menyamakan 1-1 sehingga inning ke-3. Namun pada inning ke-4, Semerah memperolehi 2 larian menerusi Aisyah Adibah yang menggantikan Elmy Nuraini dan Nurul Syazwani yang berjaya memukul bola sehingga ke padang luar (out field).
          Tersentak dengan asakan itu, TIGS menggandakan serangan apabila berjaya meletakkan 3 pelari (runner) dalam padang (diamond). Nurin Afiqah yang menggantikan pitcher utama, Nuradlena berjaya menggagalkan serangan TIGS apabila pemadang Semerah yang diketuai oleh Pelajar Ikon Sukan Semerah, Aisyah Adila dengan dibantu oleh Nur Asikin berjaya mematikan 3 pemukul dan pelari TIGS dan keputusan berakhir Semerah menang 3-2.
         
Kemaraan Semerah tidak dapat disekat lagi apabila menumbangkan SMK Seri Medan 16-0 untuk melangkah ke final kategori perempuan untuk bertemu semula dengan Kolej Vokasional. Dalam aksi final yang berat sebelah, sekali lagi Semerah membelasah Kolej Vokasional 16-0. Dengan itu gawang Semerah hanya 5 kali dibolosi pihak lawan sepanjang pertandingan berlangsung. Tahniah SMK Semerah.
          Dalam pada itu, kategori lelaki diungguli oleh SMK Dato Syed Esa yang menewaskan SMK Dato’ Seth 5-2 dalam aksi final. Kolej Vokasional menduduki tempat ke-3 manakala SMK Munsyi Sulaiman hanya memperoleh tempat ke-4. Sementara itu, bagi kategori perempuan, tempat ke-3 dimenangi oleh SMK (P) Temenggung Ibrahim dan SMK Tunku Mahmood Iskandar sekadar menduduki tempat ke-4.

          Kejayaan SMK Semerah dalam arena sofbol amat memberangsangkan yang merupakan hasil titik peluh dan keringat para pemain yang diselia latih oleh barisan jurulatih  yang berdedikasi dan tabah. Syabas dan tahniah. Semerah menyerlah di persada. 



02 December, 2018

ADILA DAN SHIKIN KEMUDI JDT RANGKUL SOFBOL BAWAH 16 KEBANGSAAN 2018


Walaupun bertubuh kecil namun tidak menjadi  masalah besar kepada dua wakil SMK Semerah iaitu Aisyah Adila bt Sabiran dan Nur Ashikin bt Sahrul yang telah memainkan peranan besar kepada  pasukan sofbol perempuan Johor Darul Takzim (JDT) sehingga berjaya mengekalkan kejuaraan dalam Kejohanan Sofbol Bawah 16 Tahun MSSM yang diadakan di Kolej Vokasional Batu Pahat dari 25 – 27 November 2018.
Aisyah Adila yang bertindak sebagai kapten pasukan telah bermain dalam posisi 3rd base manakala Nur Ashikin pula memenuhi out field (pemadang luar). JDT memulakan langkah bergaya apabila menang selesa ke atas Selangor C 10-2 dan membenam Perak 22-0 untuk melangkah ke suku akhir.  Seterusnya menewaskan satu lagi rakan pasukan negeri iaitu Johor A 12-8 untuk mara ke separuh akhir.
Pada peringkat separuh akhir, ada tentangan awal pasukan Selangor A ke atas JDT namun JDT berjaya mengekang tentangan hebat sehingga berjaya memenangi perlawanan tersebut 9-2 untuk mara ke perlawanan akhir. Akhirnya buku bertemu ruas apabila perlawanan akhir menemukan Harimau Selatan dengan team Tok Gajah
Perlawanan akhir dijalankan sebanyak 7 inning.  Kedua-dua pasukan saling tidak memberikan larian sehinggalah pada inning ketiga barulah JDT memperoleh 3 larian. Pasukan Pahang terus mengasak JDT dengan pukulan-pukulan yang disasarkan ke out field namun kecekapan para pemain pemadang luar JDT yang diketuai oleh Nur Ashikin telah menggagalkan asakan tersebut. Kealpaan Pahang mengasak akhirnya dihukum apabila JDT memperolehi 3 larian lagi pada 2 inning terakhir. Pahang yang semakin terdesak terus mencuba untuk menafikan kemenangan JDT pada saat akhir dan akhirnya Pahang berjaya juga memperoleh 2 larian. Namun Pahang tidak kesampaian untuk menyekat JDT. Pelari terakhir Pahang yang cuba mendapatkan larian ke home telah ditag (disentuh) oleh Aisyah Adila dan perlawanan akhir berakhir dengan keputusan 6-2. Dengann itu, JDT pun dinobatkan sebagai johan sofbol kategori perempuan pada tahun ini iaitu johan buat kali kedua-dua berturut dalam 3 penampilan di perlawanan akhir.

Tahniah kepada JDT serta Aisyah Adila dan Nur Ashikin. Sementara itu, kategori lelaki dimenangi oleh pasukan Pahang yang menewaskan Selangor 4-3 dalam perlawanan akhir.  Syabas kepada pasukan-pasukan yang bertanding yang telah menunjukkan kualiti permainan yang cemerlang.



SEMERAH TERUS MENYERLAH DI PERSADA

            Misi SMK Semerah direalisasikan apabila mengekalkan kejuaraan dalam Pertandingan Sofbol Bawah 18 Tahun MSSD Batu Paha t.  Per...