Tarikh : 13 – 16 Mac
Hari : Selasa - Jumaat
Masa : 3.30 – 6.00 petang
Kehadiran : 1. En Hashim bin A. Ghani
2. Cik Hasralda bt Abu Hassn
Inilah latihan fasa pertama yang dijalankan oleh jurulatih sofbol sekolah iaitu En Hashim bin A. Ghani dan Cik Hasralda bt Abu Hassn. Pihak kelab juga memanggil En Iddi, salah seorang taff sekolah Semerah untuk menguatkan team sofbol pada tahun ini.
Tumpuan latihan untuk fasa ini aspek kecergasan, kemahiran membaling dan menangkap bola. Untuk itu, para pemain diminta berlari sepuluh pusingan. Kemudian latihan ditekankan balingan dan tangkapan yang betul dan tepat. Aspek ketepatan amat diktekankan dengan balingan pada setiap aras. Beberapa kelemahan dilakukan oleh para pemain iaitu balingan side throw (balingan sisi) dan tangkapan yang tidak kemas menyebabkan bola jatuh. Namun demikian, jurulatih menegur dan meminta mereka membaikinya.
Selama 3 hari mereka berlatih secara ansur maju. Mudah-mudahan kemahiran para pemain akan dipertingkatkan untuk menghadapai pertandingan sebenar kelak.
No comments:
Post a Comment