Pasukan
sofbol SMK
Semerah yang seringkali mengharumkan nama Semerah dalam arena sofbol
dikejutkan dengan kekalahan dalam perlawanan pertama yang terus menyingkirkan Semerah
untuk ke separuh akhir. Pasukan Sofbol Semerah yang diketuai oleh En Hashim A.
Ghani dan dibantu oleh Cik Hasralda Abu Hassn, Cik
Norul Rafidah Redzuan, Puan Yuthanis Ithnin dan En
Ahmad Hamizan Mohd Khir telah membawa misi menjadi johan pada tahun ini,
setelah pada tahun lepas merangkul naib johan.
Hampir semua pemain
tahun lepas masih bersama dalam team pada tahun ini. Harapan yang tinggi
menggunung melangkah masuk ke dalam gelanggang pertandingan dengan menentang SMK Convent.
Semerah
mendahului inning pertama 3-2 dan
terus di hadapan apabila memperoleh 5
larian lagi. Convent
mengejar rapat dengan mendapat 6
larian dalam perlawanan yang sengit. Ketika Convent mendahului 9-8 dan para pemain ingin memukul
semula dalam inning ketiga tiba-tiba scorer memaklumkan kepada umpire masa
sudah tamat. Umpire plate terkejut dan meminta pengesahan daripada pegawai
pertandingan. Lalu umire tmengisytiharkan ‘time game”. Terkejut semua pegawai Semerah.
Ada tidaknya, biasanya peringkat umur bawah 18 tahun, masa perlawanan ialah 1 jam 20 minit. Masa perlawanan 1
jam biasanya pada peringkat umur bawah 12 dan 15 tahun.
Bantahan lisan
dikemukakan oleh En Hashim. Ini kerana pada 2 perlawanan awal, masa perlawanan ialah
1 jam 20 minit. Namun bantahan
ditolak kerana umpire telah menandatangani score sheet. Apa lagi semua pegawai
dan pemain terdiam, terkedu dan tidak mempercayai keadaan sedemikian. Pasukan
sofbol Semerah
percaya merka akan memenangi perlawanan tersebut kerana Convent tidaklah sekuat mana
kerana hanya 3 orang pemainnya yang boleh memukul.
Oleh sebab hanya johan
sahaja yang akan ke separuh akhir, maka perlawanan kedua antara Semerah
menentang SM
Voksional tidak memberikan apa-apa makna. Semerah menurunkan semua pemain
simpanan tetapi masih boleh membelasah 9-1
ke atas SM
Vokasional.
Dalam pada itu johan
dimenangi oleh SMK Dato’ Sulaiman
setelah menewaskan SMK Convent 13-12. Manakala SMK Dato’ Seth menduduki tempat
ke-3 apabila mengejutkan johan tahun
lepas SMK Tunku
Mahmood Iskandar. Pingat disampaikan oleh Pn Rokiah, Pengetua SMK Dato
Seth. InsyaAllah Semerah akan bangkit pada tahun depan untuk menyelesaikan
hutang misi yang belum dibereskan.
No comments:
Post a Comment