Khamis,
27 Jun 2013.
Hari Keusahawanan kembali semula setelah
tahun lepas tidak diadakan. Hujan turun renyai-renyai pada sebelah malam dan
awal hening pagi melenyapkan masalah jerebu. Hari ini juga diadakan Hari Terbuka. Upacara dimulakan dengan
perasmian Hari Keusahawanan oleh Yang Berhormat Ismail Roslan, ADUN Semerah.
Kelab Sofbol
tidak ketinggalan untuk membuka gerai jualan. Menu pada tahun ini ialah ikan bakar, otak-otak, jagung bakar dan air ‘blue lemon’. Sambutan amat menggalakkan.
Ikan bakar menjadi jamuan untuk VIP yang datang. Barangan diijual sangat laris sehingga tidak dapat memenuhi permintaan. Cik
Hasralda Abu Hassn dan En Hashim bertungkus lumus menyediakan
alatan dan aksesori gerai dengan dibantu oleh Syafika
Adnan, Fatiha Masrom, Rahimah Haris dan beberapa AJK lagi.
Sebahagian daripada
keuntungan daripada hasil jualan akan didermakan kepada pihak sekolah untuk meningkatkan
prasarana sekolah dan pengurusan pendidikan sekolah. Terima kasih kepda AJK
yang membantu pengelolaan gerai dan semua ahli serta para pelajar yang membeli
di gerai Kelab Sofbol. Kita jumpa
lagi, InsyaAllah pada tahun depan.
No comments:
Post a Comment