08 August, 2016

MENERUSKAN KEHEBATAN : SEMERAH JUARA LAGI

Juara Sofbol Perempuan Bawah 18 Tahun


Finalis 2016 antara SMK Semerah dan SMK (P) Temenggung Ibrahim

Ketua Pasukan, Amelia sedang menerima pingat dan sijil oleh En Hairul, Penyelia Kanan Sukan PPD Batu Pahat

Majlis penutupan dan penyampaian pingat

Coach Tn Hj Hashim dan En Yaser sedang mengatur strategi 


Aksi dalam salah satu perlawanan
           Alhamdulilah sekali lagi SMK Semerah telah dinobatkan merangkul kejuaraan sofbol Batu Pahat bagi tahun 2016. Pertandingan yang diadakan pada 20-21 Julai ini disertai oleh 8 pasukan untuk kategori perempuan manakala 6 pasukan lelaki bertanding untuk kategori lelaki yang diadakan pada 19 Julai. Pada tahun ini pertandingan dianjurkan oleh SMK Dato’ Sulaiman.
          SMK Semerah memulakan langkah awal dengan menewaskan tuan rumah 12-2. Kemudian menewaskan SMK Tunku Mahmood Iskandar 11-4 seterusnya membenam naib juara tahun lepas SMK Senggarang 14-3 untuk ke peringkat separuh akhir. Laluan berikutnya SMK Semerah menumbangkan naib juara tahun lepas, SMK Dato’ Seth 12-4.
          SMK Semerah yang dilatih oleh Tn Hj Hashim A. Ghani dan Cik Hasralda Abu Hassn serta diurus oleh En Ahmad Hamizan dan Pn Wahidah Wahab bermula  garang pada perlawanan akhir menentang SMK (P) Temenggung Ibrahim dengan memperoleh 7 larian pada inning pertama. Pasukan TIGS mengejar rapat 2 larian. Pada inning kedua Semerah terus menjarakkan larian dengan mendapat 2 lagi larian namun terus dihambat TIGS yang memperoleh 3 larian. Akhirnya, pada inning ketiga Semerah terus mengukuhkan kedudukan dengan menukarkan Amelia menggantikan Aisyah sebagai pitcher dan seterusnya menamatkan perlawanan dengan 9 larian berbalas 5.
          Inilah kejuaraan kali kedua berturut. Kejuaraan ini amat bererti kepada Semerah yang menyasarkan kejuaraan kali ketiga pada tahun depan iaitu dalam usaha mendominasi arena sofbol bagi daerah Batu Pahat. Tahniah kepada SMK Semerah. Anda hebat! 

04 May, 2015

SRIKANDI SOFBOL SEMERAH : JOHAN DAERAH BATU PAHATb

JOHAN SOFBOL PEREMPUAN DAERAH BATU PAHAT TAHUN 2015

Tahniah. Akhirnya SMK Semerah merangkul kejuaraan sofbol kategori perempuan  daerah Batu Pahat pada tahun ini. Kemenangan ini mengatasi percapaian terbaik pasukan sofbol pada tahun 2011 yang sekadar naib johanPertandingan yang dikelolakan oleh SMK Tunku Putra berlangsung dari 27 – 28 April bagi kategori perempuan dan 29-30 April bagi kategori lelaki.
Persiapan awal bermula sejak bulan Januari dijalankan dibawah kendalian ketua jurulatih, En Hashim A. Ghani. Latihan intesif dalam tempoh tiga bulan memberi impak kepada team sofbol ini yang kebanyakannya adalah para pemain yang mempunyai pengalaman ketika di sekolah rendah. Dengan dibantu oleh En Ahmad Hamizan. Puan Yuhanis dan Pn Noor Wahida Wahab, pasukan ini telah mengadakan beberapa perlawanan persahabatan dengan beberapa sekolah berdekatan. Sementara itu, Cik Hasralda Abu Hassn dan En Yaser Warif yang bertindak sebagai penolong jurulatih telah banyak membantu ketua jurulatih, En Hashim dalam merealisasikan sasaran sekolah untuk menjadi johan pada tahun ini.
Team ini yang dianggotai oleh 15 orang pemain. mampu menyerap tekanan dan memiliki iltizam yang tinggi untuk berjaya. Melangkah bergaya menewaskan johan tahun lepas, SMK Convent 11-2. Kejayaan ini menaikkan semangat para pemain sehingga dalam perlawanan kedua yang berlangsung dalam keadaan hujan Berjaya membelasah pendatang baru SM Sains Batu Pahat (A) 13-1 dan seterusnya menjuarai kumpulan A.
Pada peringkat suku akhir, pasukan sofbol Semerah yang diketuai oleh Noor Amelia Rasidin terus mengganas dengan menumbangkan SMK Dato’ Syed Esa 18-1. Walaupun mendapat tentangan hebat daripada SMK Tunku Mahmood Iskandar pada peringkat separuh akhir, namun pasukan sofbol Semerah berjaya menumpaskan SMK Tunku Mahmood Iskandar dengan larian  9-6.
Kehebatan SMK Semerah terbukti apabila membenam SMK Dato’ Seth 13-2 pada perlawanan akhir. Keunggulan SMK Semerah membaiki pencapaian tahun 2011 yang sekadar naib johan. Moga SMK Semerah terus cemerlang dan menyerlah seperti cogan kata sekolah iaitu SMK Semerah Terus Menyerlah.

Sementara itu, SMK Dato’ Seth berjaya menjadi johan kategori lelaki apabila menewaskan SMK Dato’ Syed Esa 9-8 dalam perlawanan yang mendebarkan. Manakalah tempat ketiga dimenangi oleh SMK Datuk Menteri setelah mengalahkan johan tahun lepas SMK  Dato’  Sulaiman. Moga sofbol SMK Semerah terus menyerlah ! Tahun depan kita kekalkan kejuaraan pula.

03 September, 2013

KEM 1 MURID 1 SUKAN

 


Tarikh      : 28 - 29 Ogos 2013 (Rabu dan Khamis)
Masa       : 8 pagi - 4.30 petang
Tempat    : SM Sains Batu Pahat
Jenis Modul : Sofbol, futsal, senamrobik, gimnastik, ragbi
Peserta    : 250 orang guru
Jurulatih Utama : En Hashim A Ghani dan Mohd Idham (SK Seri Binjai)
Penolong Jurulatih : En Yaser (SK Peserian) dan En Nahar (SK Seri Telok)
Pembantu  : 4 orang pelajar dari SMK Semerah (Norliyana, Norhafizah, Amelia Rusdan dan Nabilah Shukor)



28 June, 2013

HARI KEUSAHAWANAN : GERAI BAKAR-BAKAR SOFBOL


Khamis, 27 Jun 2013. Hari Keusahawanan kembali semula setelah tahun lepas tidak diadakan. Hujan turun renyai-renyai pada sebelah malam dan awal hening pagi melenyapkan masalah jerebu. Hari ini juga diadakan Hari Terbuka. Upacara dimulakan dengan perasmian Hari Keusahawanan oleh Yang Berhormat Ismail Roslan, ADUN Semerah.
Kelab Sofbol tidak ketinggalan untuk membuka gerai jualan. Menu pada tahun ini ialah ikan bakar, otak-otak, jagung bakar dan air ‘blue lemon’. Sambutan amat menggalakkan. Ikan bakar menjadi jamuan untuk VIP yang datang. Barangan diijual sangat laris sehingga tidak dapat memenuhi permintaan. Cik Hasralda Abu Hassn dan En Hashim bertungkus lumus menyediakan alatan dan aksesori gerai dengan dibantu oleh Syafika Adnan, Fatiha Masrom, Rahimah Haris dan beberapa AJK lagi.
Sebahagian daripada keuntungan daripada hasil jualan akan didermakan kepada pihak sekolah untuk meningkatkan prasarana sekolah dan pengurusan pendidikan sekolah. Terima kasih kepda AJK yang membantu pengelolaan gerai dan semua ahli serta para pelajar yang membeli di gerai Kelab Sofbol.  Kita jumpa lagi, InsyaAllah pada tahun depan.

01 May, 2013

KEJOHANAN SOFBOL BAWAH 18 TAHUN MSSD BATU PAHAT TAHUN 2013

Berdiri dari kiri : Cik Hasralda, Azalina, Hafizah, Nabilah, Syafika, Nabila, Farahain, Fatin, Syazawani dan En Hamizan.
Duduk dari kiri : Nadiah, Suhaidah, Amelia, Ain Farhana, Maisarah, Serina dan Fatihah.
Arena sofbol mewarnai padang SMK Semerah apabila kejohanan sofbol dijalankan di Semerah buat kali pertama kalinya diadakan pada 30 April, 2 dan 3 Mei 2013. Pada tahun ini, 12 pasukan lelaki dan 12 pasukan perempuan berentap untuk mengungguli sofbol bagi daerah Batu Pahat
SMK Semerah menghantar team perempuan. Diketuai oleh En Hashim dan Cik Hasralda sebagai jurulatih serta En Ahmad Hamizan sebagai pengurus.  Sasaran pada tahun ini ialah ke suku akhir.
Berikut adalah keputusan sofbol Semerah :

KUMPULAN  F

SEKOLAH
SMKDSETH
SMKS
TIGS
SMKSM
MATA
KED
SMKDSETH

( 10 - 6 )
( 9 - 2 )
( 11 - 0 )
6
1

2
2
2
SMKS
( 6 - 10 )

( 9 - 17 )
( 10 - 2 )
4
3
1

1
2
TIGS
( 2 - 9 )
( 17 - 9 )

( 13 - 0 )
5
2
1
2

2
SMKSM
( 0 - 11 )
( 2 - 10 )
( 0 - 13 )

3
4
1
1
1


Johan kategori lelaki dimenangi oleh SMK Dato' Sulaiman manakala SMK Dato' Seth menjuarai kategori perempuan.
Pingat dan sijil disampaikan oleh En Zainuddin Basiran, GPK HEM SMK Semerah.

SEMERAH TERUS MENYERLAH DI PERSADA

            Misi SMK Semerah direalisasikan apabila mengekalkan kejuaraan dalam Pertandingan Sofbol Bawah 18 Tahun MSSD Batu Paha t.  Per...