28 June, 2013

HARI KEUSAHAWANAN : GERAI BAKAR-BAKAR SOFBOL


Khamis, 27 Jun 2013. Hari Keusahawanan kembali semula setelah tahun lepas tidak diadakan. Hujan turun renyai-renyai pada sebelah malam dan awal hening pagi melenyapkan masalah jerebu. Hari ini juga diadakan Hari Terbuka. Upacara dimulakan dengan perasmian Hari Keusahawanan oleh Yang Berhormat Ismail Roslan, ADUN Semerah.
Kelab Sofbol tidak ketinggalan untuk membuka gerai jualan. Menu pada tahun ini ialah ikan bakar, otak-otak, jagung bakar dan air ‘blue lemon’. Sambutan amat menggalakkan. Ikan bakar menjadi jamuan untuk VIP yang datang. Barangan diijual sangat laris sehingga tidak dapat memenuhi permintaan. Cik Hasralda Abu Hassn dan En Hashim bertungkus lumus menyediakan alatan dan aksesori gerai dengan dibantu oleh Syafika Adnan, Fatiha Masrom, Rahimah Haris dan beberapa AJK lagi.
Sebahagian daripada keuntungan daripada hasil jualan akan didermakan kepada pihak sekolah untuk meningkatkan prasarana sekolah dan pengurusan pendidikan sekolah. Terima kasih kepda AJK yang membantu pengelolaan gerai dan semua ahli serta para pelajar yang membeli di gerai Kelab Sofbol.  Kita jumpa lagi, InsyaAllah pada tahun depan.

01 May, 2013

KEJOHANAN SOFBOL BAWAH 18 TAHUN MSSD BATU PAHAT TAHUN 2013

Berdiri dari kiri : Cik Hasralda, Azalina, Hafizah, Nabilah, Syafika, Nabila, Farahain, Fatin, Syazawani dan En Hamizan.
Duduk dari kiri : Nadiah, Suhaidah, Amelia, Ain Farhana, Maisarah, Serina dan Fatihah.
Arena sofbol mewarnai padang SMK Semerah apabila kejohanan sofbol dijalankan di Semerah buat kali pertama kalinya diadakan pada 30 April, 2 dan 3 Mei 2013. Pada tahun ini, 12 pasukan lelaki dan 12 pasukan perempuan berentap untuk mengungguli sofbol bagi daerah Batu Pahat
SMK Semerah menghantar team perempuan. Diketuai oleh En Hashim dan Cik Hasralda sebagai jurulatih serta En Ahmad Hamizan sebagai pengurus.  Sasaran pada tahun ini ialah ke suku akhir.
Berikut adalah keputusan sofbol Semerah :

KUMPULAN  F

SEKOLAH
SMKDSETH
SMKS
TIGS
SMKSM
MATA
KED
SMKDSETH

( 10 - 6 )
( 9 - 2 )
( 11 - 0 )
6
1

2
2
2
SMKS
( 6 - 10 )

( 9 - 17 )
( 10 - 2 )
4
3
1

1
2
TIGS
( 2 - 9 )
( 17 - 9 )

( 13 - 0 )
5
2
1
2

2
SMKSM
( 0 - 11 )
( 2 - 10 )
( 0 - 13 )

3
4
1
1
1


Johan kategori lelaki dimenangi oleh SMK Dato' Sulaiman manakala SMK Dato' Seth menjuarai kategori perempuan.
Pingat dan sijil disampaikan oleh En Zainuddin Basiran, GPK HEM SMK Semerah.

05 September, 2012

SOFBALL STRETCHING EXERCISE 2010


Softball stretching exercises to improve your performance and do away with softball injuries for good.
The sport of softball was conceived on Thanksgiving Day, 1887 in Chicago. A group of young men had gathered in the Farragut Boat Club's gymnasium following a Harvard-Yale football game. One of the men - George Hancock - tied a boxing glove together, drew a diamond outline on the floor with chalk and threw the glove toward another man who hit it with a broom handle; thus softball was born. The invented game is a close correlate of baseball. Hancock followed up his casual invention of the game by formalizing rules, creating an oversized baseball for play, and setting permanent boundary markers on the gym floor.
If you're looking to improve your softball game or just seeking to prevent softball injuries it is important to follow the information in this article. In addition, adding a few simple stretches to your fitness program will also help. 
Top 3 softball stretches

18 July, 2012

PERJUMPAAN KE-5 :PENGENALAN SOFBOL II

Tarikh              :       7 Mac 2012
Hari                  :       Rabu
Masa                :       1.30 – 1.50 petang
Tempat            :       Makmal Sains
Kehadiran       :       1.     En Hashim bin A. Ghani


Layari URL  video http://www.youtube.com/watch?v=kkN139nylmY&feature=related ini untuk pengetahuan asas mengenai apakah itu sofbol.
Moga anda akan memahami permainan yang penuh dengan taktikal dan strategi.

04 May, 2012

SEMERAH JUARA SOFBOL 5 KALI BERTURUT-TURUT


            Semerah sekali lagi mengungguli kejuaraan sofbol bawah 12 tahun buat kali kelima berturut-turut di daerah Batu Pahat. Pasukan sofbol dari Sekolah Kebangsaan Seri Utama yang mewakili cawangan Semerah memulakan langkah apabila membelasah Pintas Puding14-0. Dalam aksi perlawanan kedua menumbangkan Senggarang 8-3. Pertandingan sofbol bawah 12 tahun ini dikendalikan oleh cawangan Bandar dan dikelolakan oleh Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Ai Chun 1. Pertandingan diadakan pada 3 Mei 2012 di padang SMK Tinggi Batu Pahat.
            Johan kategori lelaki dimenangi oleh cawangan Pintas Puding, yang menewaskan Yong Peng dalam arena perlawanan akhir yang mendebarkan 9-8. Sementara itu, seperti yang diramal Senggarang menewaskan Bandar 12-2.
Pingat dan sijil pemenang disampaikan oleh En Razak, Penyelia Sukan Pejabat Pelajaran Daerah Batu Pahat.

SEMERAH TERUS MENYERLAH DI PERSADA

            Misi SMK Semerah direalisasikan apabila mengekalkan kejuaraan dalam Pertandingan Sofbol Bawah 18 Tahun MSSD Batu Paha t.  Per...