24 February, 2011

PERJUMPAAN KEDUA : PENGENALAN PERMAINAN SOFBOL


Tarikh              :       23 Februari 2011
Hari                  :       Rabu
Masa                 :       1.10 – 1.50 petang
Tempat            :       Makmal Sains

        Ini adalah perjumpaan kali kedua. Cik Hasralda mempengerusi perjumpaan ini. Tajuk perjumpaan ialah pengenalan permainan sofbol.
        Oleh kerana tidak semua ahli adalah pemain sofbol, jadi perjumpaan ini menjelaskan sejarah sofbol dan permulaannya di negara kita. Kemudian menerangkan jenis-jenis permainan sofbol. Sofbol terdiri daripada sofbol fast pitch, slow pitch dan modified pitch. Yang dimainkan di peringkat sekolah ialah jenis fast pitch.
        Kemudian dilihatkan menerusi tayangan slaid alatan permainan dan ukuran padang. Ahl-ahli mendengar dengan tekun penerangan oleh Cik Hasralda dan sesekali En Hashim menambah penerangan.
        Semoga perjumpaan pada kali ini akan meningkatkan pemahaman para ahli kelab mengenai permainan sofbol dan seterusnya memahami seni permainan sofbol.
        Jumpa lagi pada perjumpaan berikutnya.

No comments:

Post a Comment

SEMERAH TERUS MENYERLAH DI PERSADA

            Misi SMK Semerah direalisasikan apabila mengekalkan kejuaraan dalam Pertandingan Sofbol Bawah 18 Tahun MSSD Batu Paha t.  Per...