01 January, 2011

SELAMAT DATANG KE BLOG KELAB SOFBOL SMK SEMERAH


Assalammualaikum w.b.t., salam sejahtera dan salam 1Malaysia. Bertemu untuk pertama kalinya dalam blog Kelab Sofbol. Dalam era siber, Kelab Sofbol SMK Semerah mengambil langkah untuk menyiarkan dan berkongsi dengan warga sekolah dan masyarakat luar dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh ahli kelab.
Semoga paparan dalam blog ini akan dapat memberitahu kepada semua pihak perkembangan kelab. Pihak  Unit Sukan dan Unit Kokurikulum juga boleh mengambil catatan dalam blog ini untuk laporan aktiviti Kelab Sofbol dan pasukan sofbol sekolah. Para pengunjung juga boleh memperolehi serba sedikit ilmu mengenai sofbol.
        Malah mungkin ada bekas pelajar atau ahli yang masih ingin mengetahui perkembangan kelab walaupun mereka sudah  meninggalkan alam persekolahan. Justeru itu, blog ini boleh mereka akses di mana sahaja mereka berada. Juga mungkin mereka ada idea untuk dikongsi bersama atau memberi semangat serta motivasi kepada para pelajar.
        Justeru itu, saya bagi pihak kelab mengucapkan terima kasih atas kesudian para pengunjung melayari laman blog ini. Moga anda boleh member komen dan idea dalam meningkatkan kualiti blog ini. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment

SEMERAH TERUS MENYERLAH DI PERSADA

            Misi SMK Semerah direalisasikan apabila mengekalkan kejuaraan dalam Pertandingan Sofbol Bawah 18 Tahun MSSD Batu Paha t.  Per...