04 August, 2011

PERJUMPAAN KE-5 : BLOG RASMI KELAB SOFBOL ; SELANGKAH KE HADAPAN


Tarikh              :       3 Ogos 2011    
Hari                  :       Rabu
Masa                :       1.10 – 1.50 petang
Tempat            :       Makmal Sains
Kehadiran        :       1.     Cik Hasralda bt Abu Hassn
                                2.     En Hashim bin A. Ghani
                                3.     Cik Noraini bt Jaafar
                                4.     Cik Shahrina Wong 
                                5.     Pn Fadilatus Firdaus
                                6.     Pn Aisyah bt Abu Samah
       
        Perjumpaan pada kali ini bertujuan mengumumkan pembinaan blog Kelab Sofbol SMK Semerah. Blog ini diwujudkan oleh En Hashim bin A. Ghani. Dengan pembinaan blog ini, ahli-ahli kelab dan para pemain sofbol boleh merujuk maklumat semasa dan info yang lepas di samping lebih mudah membuat laporan kelab.
        Semua aktiviti kelab dan latihan pasukan akan dimasukkan dalam blog ini. Begitu juga pautan kepada beberapa laman web berkaitan sofbol untuk lebih memahamkan ahli kelab berkenaan permainan ini.
        Ahli-ahli juga boleh menyumangkan idea untuk dengmemantapkan pengurusan kelab. Semoga blog ini dapat memberi info kepada ahli kelab khususnya dan warga sekolah serta pengunjung blog amnya, selaras dengan perkembangan teknologi terkini.

No comments:

Post a Comment

SEMERAH TERUS MENYERLAH DI PERSADA

            Misi SMK Semerah direalisasikan apabila mengekalkan kejuaraan dalam Pertandingan Sofbol Bawah 18 Tahun MSSD Batu Paha t.  Per...