26 May, 2011

PERJUMPAAN KE-4 : MEREKA CIPTA LOGO DAN BAJU RASMI


Tarikh              :       25  Mei 2011
Hari                 :       Rabu 
Tempat            :       Makmal Sains
Kehadiran        :       1.    Cik Hasralda bt Abu Hassn,
2.     Pn Aisyah bt Abu Samah,
3.     En Hashim bin A. Ghani,
4.     Pn Fadilatus Firdaus
5.     Cik Noraini bt Jaafar
6.     Cik Shahrina Wong 

Pada hari ini ada pertambahan guru penasihat kelab iaitu Pn Fadilatus Firdaus bt Mohd Noh, Cik Shahrina Wong bt Zulkifli dan Cik Noraini bt Jaafar. Semoga kemasukan guru-guru ini akan membantu meningkatkan aspek pengurusan kelab.
Perjumpaan pada kali ini membincangkan aktiviti untuk mereka cipta jersi kelab. Penerangan disampaikan oleh Cik Hasralda dan diperjelaskan lagi oleh En Hashim. Sehingga sekarang ahli-ahli kelab belum memiliki baju rasmi kelab. Yang ada ialah baju untuk team sekolah. Justeru itu, para ahli diminta menghantar satu ciptaan baju berserta logo kelab dan dihantar pada perjumpaan yang akan datang. Rekacipta yang terbaik akan diberikan hadiah dan rekaciptanya akan dicetak  baju rasmi kelab dan seterusnya baju rasmi  untuk team sofbol sekolah juga.
Semoga ahli-ahli dapat mereka cipta baju yang menarik dan cantik. Jumpa lagi pada perjumpaan akan datang.

No comments:

Post a Comment

SEMERAH TERUS MENYERLAH DI PERSADA

            Misi SMK Semerah direalisasikan apabila mengekalkan kejuaraan dalam Pertandingan Sofbol Bawah 18 Tahun MSSD Batu Paha t.  Per...