16 May, 2011

KEJOHANAN SOFBOL L/P BAWAB 18 TAHUN MSS JOHOR



Tarikh              :       13 – 15 Mei 2011
Hari                 :       Jumaat – Ahad
Tempat            :       SMK Paduka Tuan & SM Vokasional
Segamat



4 orang pelajar SMK Semerah telah dipilih untuk mewakili daerah Batu Pahat ke Kejohanan Sofbol MSS Johor 2011. Mereka ialah Umu Haziqah bt Abu Bakar, Nor Ain Fazreen bt Mohtadin, Noramelina bt Ahmad Balya dan Nur Azreen Aida bt Roslan yang diiringi dan dilatih oleh En Hashim bin A. Ghani.
Dari kiri, Nor Amelina, Azreen Aida, Umu Haziqah dan Ain Fazreen
Sebagai finalist 2010, Batu Pahat menewaskan Johor Bahru 8-4 namun tewas mengejut kepada Kluang 2-4 tetapi bangkit membenam Ledang 10-0. Pada peringkat suku akhir menumbangkan Kota Tinggi 8-1 tetapi dikejutkan oleh Kulaijaya 0-13, kemudian bangkit membelasah Muar 17-1 untuk meraih tempat ke-3. Tahniah ! Anda meneruskan kecemerlangan Batu Pahat kerana dari tahun 2000  hingga kini tetap mengungguli 4 terbaik P18. Naib johan dirangkul oleh Kluang dan johan dimenangi oleh Kulaijaya.
Bagi kategori P12, Batu Pahat yang diwakili oleh 7 orang pemain dari SK Seri Utama, tewas 10-18  kepada Kulaijaya untuk merangkul naib johan. Pada tahun lepas, P12 menduduki tempat ke-4.  Menurut ‘mentor’ team perempuan,  En Hashim A. Ghani, “Para pemain bermain di bawah keupayaan sebenar dan tidak berjaya menyerap tekanan perlawanan akhir”. Tambahnya, “Mereka pernah menewaskan pasukan lawan pada peringkat kumpulan 10-8 dan ini menyebabkan mereka agak over confident”. Sementara itu, pasukan L12 dan L18 pulang hampa kerana masih tidak berjaya mengungguli empat terbaik.
P12 dan P18 Batu Pahat
Daerah Kulaijaya merangkul juara 3 kategori iaitu johan L12, P12 dan P18 manakala L18 dimenangi oleh Kluang. Pingat dan sijil disampaikan oleh Tuan Pengawai Pelajaran Daerah Segamat. Tahniah kepada para pemenang.  Teruskan berlatih. Anda semua hebat!

No comments:

Post a Comment

SEMERAH TERUS MENYERLAH DI PERSADA

            Misi SMK Semerah direalisasikan apabila mengekalkan kejuaraan dalam Pertandingan Sofbol Bawah 18 Tahun MSSD Batu Paha t.  Per...