22 September, 2011

PERJUMPAAN KE-7 : MESYUARAT AGUNG TAHUN 2011

Tarikh              :       21 Sept 2011   
Hari                 :       Rabu
Masa                :       1.30 – 1.50 petang
Tempat            :       Makmal Sains
Kehadiran        :       1.     En Hashim bin A. Ghani
2.     Cik Hasralda bt Abu Hassn

        Perjumpaan pada kali ini adalah perjumpaan terakhir bagi tahun 2011. Hari ini Mesyuarat Agung diadakan untuk memilih jawatankuasa baru bagi sesi 2012. Mesyuarat dipengerusi oleh En Hashim bin A. Ghani.
        Sebanyak 13 aktiviti dijalankan untuk tahun ini yang merangkumi perjumpaan kelab, aktiviti kelab dan perjumpaan untuk merancang aktiviti. Antara aktiviti kelab ialah berniaga sempena Hari Keusahawanan dan latihan pasukan sofbol sekolah. Paling membanggakan ialah pasukan sofbol berjaya menjadi naib johan untuk Pertandingan Sofbol Bawah 18 Tahun. Malah seramai 4 orang telah terpilih untuk mewakili daerah batu Pahat ke peringkat MSS Johor.
        Dalam mesyuarat pada kali ini, ahli-ahli kelab bersepakat secara majoriti untuk mengekalkan jawatan jawatankuasa tertinggi kelab dan hanya memilih ahli jawatankuasa (AJK) kecil pada sesi perjumpaan pertama pada tahun 2012. Dengan itu, berikut adalah senarai jawatankuasa kelab untuk sesi 2012 :-
        Pengerusi         :       Ummu Nurhaziqah bt Abu Bakar
        Naib Pengerusi :       Nor Ain Fazreen bt Mohtadin
        Setiausaha        :       Nora Syahirah bt Aris
        Bendahari         :       Nurul Shafika bt Adnan
Semoga dengan pengekalan jawatankuasa lama, kita mengharapkan agar mereka lebih berdedikasi, matang dan mantap dalam menerajui Kelab Sofbol pada tahun 2012. Dan moga tahun 2012, Kelab Sofbol akan terus cemerlang, gemilang dan terbilang.

No comments:

Post a Comment

SEMERAH TERUS MENYERLAH DI PERSADA

            Misi SMK Semerah direalisasikan apabila mengekalkan kejuaraan dalam Pertandingan Sofbol Bawah 18 Tahun MSSD Batu Paha t.  Per...