12 November, 2011

HARI ANUGERAH KOKURIKULUM 2011 : TAHNIAH UMMU NURHAZIQAH


Ummu Nurhaziqah bt Abu Bakar sekali lagi mencatat sejarah apabila merangkul Anugerah Khas Sukan bagi tahun 2010 pada Hari Anugerah Kokurikulum SMK Semerah. Ini adalah kali kedua Ummu memenangi anugerah kokurikulum. Pada tahun lepas, beliau mendapat Anugerah Tokoh Sukan Harapan.
Penglibatan beliau dalam arena sofbol sejak dari Tingkatan 1 telah membuka hati panel pemilihan pada tahun ini. Tambahan pula sumbangan besar Ummu dalam mewarnai sofbol dengan menjadi naib johan sofbol bawah 18 tahun MSSD Batu Pahat  dan tempat ke-3 kategori bawah 18 tahun MSS Johor.  Tahun lepas Ummu membantu team Batu Pahat merangkul naib johan P18 Tahun MSSJ. Siri kejayaan ini dibantu oleh penglibatan beliau dalan pelbagai sukan permainan seperti hoki, bola jaring dan bola baling.
Tempat Ke-3 MSS Johor
Semoga kejayaan Ummu Nurhaziqah bt Abu Bakar akan membakar semangat ahli kelab agar terus membawa kejayaan kepada kelab dan pasukan sekolah. Mungkin Kelab Sofbol tidak mendapat anugerah Kelab Sukan Paling Aktif, tetapi kitalah kelab yang paling prolifik dan konsisten dalam membawa pingat kepada para pemainnya. Team sofbol Semerah akan sekurang-kurangnya  berupaya sampai ke peringkat separuh akhir (sudah tentu pingat akan dapat !)
Tahniah kepada Ummu Nurhaziqah bt Abu Bakar. Kejayaan beliau adalah kejayaan juga kepada Kelab Sofbol kerana sumbangannya yang banyak dalam permainan sofbol.

2 comments:

  1. alhamdulillah :D semoga saya akan dipilih untuk mendapat anugerah yang ke3 . aminn .

    ReplyDelete

SEMERAH TERUS MENYERLAH DI PERSADA

            Misi SMK Semerah direalisasikan apabila mengekalkan kejuaraan dalam Pertandingan Sofbol Bawah 18 Tahun MSSD Batu Paha t.  Per...