03 November, 2011

SOFBOL BAWAH 15 TAHUN : TEMPAT KE-3




Pada tahun lepas (2010), tiada pertandingan dijalankan. Pada tahun ini, arena sofbol bawah 15 tahun kembali dengan penganjuran Pertandingan Sofbol Bawah 15 TahunSMK Semerah tidak ketinggalan untuk menyertai pertandingan tersebut.  SMK Dato’ Seth telah diamanahkan untuk mengelolakan pertandingan tersebut pada 1-2 November.   Walaupun hujan turun pada sebelah petang, pertandingan ini tetap berjalan seperti yang dirancang.
Team SMK Semerah diketuai oleh En Hashim bin A. Ghani dan Cik Hasralda bt Abu Hassn sebagai jurulatih dengan dibantu oleh En Ahmad Hamizan bin Mohd Khir dan Cik Norul Rafidah bt Redzuan sebagai pengurus sementara para pemain berjumlah 12 orang dibawa pada kali ini dengan misi untuk menduduki 3 tempat terbaik. Para pemain tersebut ialah :-

Bil
Nama  Pemain
No Kad Pengenalan
Posisi
1
NURUL SHAFIKA BT ADNAN  
960821-23-XXXX
1ST  base / Pitcher
2
NURUL SHAWALNI BT MANAP
960222-01-XXXX
Left Out Field / 3rd
3
NUR FATIN AMIRA BT AMIR
961031-01-XXXX
Right Out Field / 2nd
4
NUR NASEHA HAMRAN
960215-01-XXXX
3rd base / ROF
5
NURFATIHA BT MASROM
961012-01-XXXX
Center Out Field 
6
LIANA FARAHAIN HUSSIN
971129-10-XXXX
Short Stop / 1st
7
NOR HAFIZAH BT. HASSAN
970221-01-XXXX
Pitcher / 1st
8
NUR MARLIANA BINTI JUMADI
970518-01-XXXX
Catcher / COF
9
NUR NABILA BINTI SYUKOR
970104-01-XXXX
2nd Base / 1st
10
NOR FADILA BT SA'ADON
970103-01-XXXX
Left Out Field / ROF
11
NABILAH  BT  NOOH
970905-01-7024
Right Out Field / LOF
12
 NABILAH BT ISHAK
 96XXXX-01-XXXX
Center Out Field / ROF

Tahniah kepada 12 pemain ini dipilih untuk mewakili SMK Semerah. Pada tahun lepas, kategori 15 tahun dipertandingkan. Semerah bermula dengan menumpaskan SMK Temenggung Ibrahim 6-5. Pada inning pertama, Semerah ketinggalan 2-3, namun bangkit pada inning kedua dengan memperolehi 3 larian berbanding TIGS hanya mendapat 2 larian.
 Pada perlawanan kedua, Semerah dikejutkan oleh SMK Yong Peng 5-11 dalam perlawanan yang berlarutan selama 1 jam 51 minit 41 saat. Dalam situasi tie-break, Semerah tidak dapat menyerap tekanan perlawanan sehingga hanya mendapat 2 larian berbanding 8 larian yang diperolehi oleh Yong Peng
Kekalahan ini melumpuhkan semangat juang para pemain. Ini kerana pada hari kedua, SMK Semerah tewas mengejut kepada SMK Convent 10-13 pada perlawanan terakhir. Dengan itu SMK Semerah menduduki tempat ke-3, sementara johan dirangkul oleh SMK Yong Peng dan tempat ke-2 dimenangi oleh SMK Convent.
Sementara itu, SMK Tunku Mahmood Iskandar mengungguli persada sofbol kategori lelaki dengan menumpaskan tuan rumah 19-11 pada aksi  final yang berlangsung dalam keadaan hujan renyai-renyai. SMK Tun Ismail pula gah menduduki tempat ke-3 dengan meningkan SMK Yong Peng 11-7. Pingat-pingat disampaikan oleh Pengetua SMK Dato’ Seth. Tahniah kepada para pemenang. Kepada yang tewas, cuba lagi pada tahun depan.
Bakat yang dijelmakan dalam sesi permainan ini amat baik dan perlu diteruskan untuk tahun-tahun yang akan datang. Pengalaman yang para pemain perolehi amatlah berharga. Kemahiran permainan juga penting. “Alert” dalam sofbol juga boleh membantu para pemain agar peka dan serius dalam permainan. Justeru itu, berlatihlah dengan tekun. Kejayaan tidak akan datang bergolek tanpa usaha yang bersunggu-sungguh. Kita akan bangkit pada tahun depan untuk mengungguli pentas sofbol Batu Pahat.  InsyaAllah.

1 comment:

SEMERAH TERUS MENYERLAH DI PERSADA

            Misi SMK Semerah direalisasikan apabila mengekalkan kejuaraan dalam Pertandingan Sofbol Bawah 18 Tahun MSSD Batu Paha t.  Per...