17 July, 2017

3 SRIKANDI SEMERAH BERAKSI DI FINAL PEREMPUAN 18 TAHUN

Team Perempuan 18 Tahun Batu Pahat : Naib Johan

Kontijen sofbol Batu Pahat meraih keputusan memberangsangkan dalam Kejohanan Sofbol MSS Johor. Kejohanan tersebut telah diadakan pada 6-8 Julai di Johor Bahru.
Kontijen Batu Pahat diketuai oleh Tn Hj Hashim A. Ghani telah dibantu oleh 15 orang pegawai dan disertai oleh 52 orang pemain dengan penyertaan semua kategori.
Pasukan sofbol Perempuan 18 Tahun (P18) yang diketuai oleh Noor Amylia Rasidin sebagai kapten pasukan telah bermula garang apabila menewaskan Segamat 12-4 dan Tangkak 3-2 pada hari pertama. Walaupun tewas mengejut kepada Mersing 7-10, namun team P18 Batu Pahat telah pun layak ke peringkat seterusnya.
Pada peringkat suku akhir, Batu Pahat telah menumbangkan musuh seteru Pasir Gudang 5-1 dan seterusnya menang bergaya dengan membelasah Kota Tinggi 19-0. Namun demikian, kemaraan team P18 Batu Pahat telah disekat oleh daerah Kulai dalam perlawanan akhir.
Dalam perlawanan akhir tersebut,
Aisyah Adila Sabiran telah beraksi cemerlang mengagalkan beberapa percubaan pemain Kulai untuk sampai ke base pertama atau ’home’. Dalam pada itu, walaupun gugup kerana pertama kali bermain di perlawanan akhir, Nurul Ashikin yang bermain di posisi pemadang kiri tidak mengecewakan apabila sering menangkap bola yang dipukul ke arah luar diamond.
Sementara itu, Noor Amylia turut berjaya mematahkan pukulan pemain Kulai. Kecemerlangan Noor Amylia masih belum menggugat keunggulan Kulai apabila mencuri beberapa larian pada inning ketiga dan keempat sehingga akhirnya Kulai memperoleh 12 larian berbanding 5 yang diperoleh oleh Batu Pahat.
Team Batu Pahat dan Kulai bergambar setelah tamat perlawanan akhir
Kejayaan pasukan P18 telah membantu Batu Pahat untuk menjadi naib johan keseluruhan di belakang daerah Kulai. Kontijen Batu Pahat juga membolot tempat ketiga Perempuan 12 Tahun dan keempat Lelaki 12 Tahun,
Semoga tahun depan, daerah Batu Pahat akan cemerlang, gemilang dan terbilang dalam arena sofbol.



Team Lelaki 18 Tahun Batu Pahat : Suku Akhir

Team Perempuan 12 Tahun Batu Pahat : Tempat Ke-3
Team Lelaki 12 Tahun Batu Pahat : Tempat Ke-4





No comments:

Post a Comment

SEMERAH TERUS MENYERLAH DI PERSADA

            Misi SMK Semerah direalisasikan apabila mengekalkan kejuaraan dalam Pertandingan Sofbol Bawah 18 Tahun MSSD Batu Paha t.  Per...